Rabu, 30 Mac 2022

MADU HALIA BENTONG


Tahukah anda fakta mengenai Raja Halia iaitu 

Halia Bentong ?


+Halia bentong juga dikenali sebagai "Halia Muda atau "Halia Kuning, tumbuh di hutan dataran tinggi di malaysia yang bercuaca sejuk, nyaman dan bebas pencemaran.


+Cuaca di kawasan penanaman antara faktor terpenting kerana ia memerlukan persekitaran yang bersuhu tinggi pada siang hari dan bersuhu rendah pada waktu malam.


+Halia Bentong mempunyai saiz yang besar dengan nilai khasiat yang tinggi kerana ia ditanam di tanah - tanih yang subur dan gembur, dan disiram dengan air sungai semula jadi yang kurang deras pengaliran airnya.


+Penanaman Halia Bentong merupakan tugas yang rumit dan mengambil masa satu tahun untuk memperoleh hasilnya. Demi memastikan kualiti Halia Bentong, tanah perlu dibiarkan kosong selama 8 hingga 10 tahun selepas penuaian dan sebelum rancangan penanaman semula dijalankan, ini bermakna Halia Bentong adalah teramat tinggi nilainya.


Info khasiat Madu Halia Bentong  


🐝Madu Halia Bentong baik untuk merawat masalah batuk kering, batuk hingga hilang suara dan selsema

🐝Ia juga membantu memanaskan badan dan melembabkan hati

🐝Halia madu membantu pencernaan ke arah lebih baik

🐝Menguatkan antibodi badan

🐝Membantu melancarkan peredaran darah

🐝Ia juga berupaya mematikan bakteria dan sel kanser

🐝Boleh di gunakan untuk masalah saraf 

🐝Mengurangkan tekanan darah tinggi

🐝Membekalkan tenaga

🐝Mengawal berat badan

🐝Baik untuk minda

🐝Membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan

🐝Melawaskan pembuangan air kencing

🐝Melegakan "morning sickness"

🐝Mengelakkan masalah usus

🐝Bagus diamalkan selepas bersalin

🐝Mencuci darah kotor


Bila Hujung Bulan Agen terus laju MEROKET🚀

 Syukur alhmdulillah, memang xsangka selepas bawa 2 orang agen ni COACHING dgn Leader Johor, mereka terus dapat semangat baru.💪💪. Bukan setakat mereka, saya sendiri pon seperti dapat Aura baru yg LUAR BIASA!

Seorang Agen Labis yg terus konsisten bersama Asmak. Setakat ke hari ini beliau memang tiap² bulan restok. Walau beliau merupakan Anak Saudara sendiri tp itu x bermakna saya beri muka @ beliau ambil kesempatan. Saya nampak kesungguhan beliau bt bisnes Asmak ini. Moga² beliau akan terus maju bersama Asmak 💪


Last restok utk Bulan Mac👏

Seorang lagi Agen ini 1 Taman dengan saya. Sebelum ini dia banyak fokus pd produk lain, tapi utk tahun ini dia nk cuba fokus pada makanan Sunnah. X sangka bila dia bt comeback dengan Asmak, memang MENJADI! Dia sendiri xsangka Bulan Mac dia dapat restok jejak 1K! Saya juga terkejut! Syukur alhmdulillah.. rezeki Dr Allah.

Antara Last Restok beliau pd Bulan Mac.
Terbukti produk Asmak memang senang jual. Kalau x, x kan agen² laju je restok kn.
Dengan niat ingin sebarkan kebaikan produk kepada lebih ramai lagi masyarakat diluar sana, moga niat kami akan terus dipermudahkan oleh Nya..
Aamiin Ya Mujib🤲

Selasa, 29 Mac 2022

FEEDBACK BACK DARI PELANGGAN

 

Seronok xterkata bila cust sudi share testemoni kt FB😍.
Syukur alhmdulillah, asbab produk ASMAK, mereka 1 family sihat🤲.
Bila kita terapkan amalan Sunnah dalam kehidupan kita, InsyaAllah ia memang sangat bermanfaat buat kita sekeluarga.

Pada sesiapa yg mencari makanan Sunnah jom hubungi Kak Zura. InsyaAllah Kak Zura bantu.

www.wasap.my/60177340263/SetSunnah.


Isnin, 28 Mac 2022

Hari yg super super BiZi❗

 Dari awal pagi hingga ke malam jadual akk penuh hari ini.

Pagi² dh ke Parit Raja. Sarapan Lontong Darat bersama 2 anak dara. Lepas tu terus beli lauk kt pasar . Selesai urusan kt Parit Raja, terus COD Minyak Habbatussauda & Madu Halia Bentong ke Ayer Hitam pula. Ikhtiar bt adik ipar yg +ve COVID.

Kta letak je atas tembok👍
Tengah hari, ambik anak³ balik tadika & Sekolah Kebangsaan pula. Siap, hantar pula Motor NVX abang Izzat servis.
Lepas zohor pecut pula ke TNB gara² dh dapat notis pemotongan elektrik.
Ya Allah!! Xpernah berlaku dlm sejarah hidup akak😩
Kenapalah laki akak ni care less sgt!
Siap di TNB akk berlari pula ke Maybank. Uruskan cek, ambil pengesahan akaun & bantu sahabat akak selesaikan masalah On9 banking dia. Syukur alhmdulillah selesai semuanya sebelum Kak Fina balik Dr Sekolah Agama pukul 5.30ptg.
Eh, belah petangnya sempat lg agak jalan² manje keluarkan peluh😅




Selepas Maghrib akak ada bt suprise kt akak comel ni. Suprise Dr BFF dia yg jauh.



Siap je bt suprise, anak agen masuk oder barang Asmak. Allahu,, walaupun penat tapi akak seronok sgt dengan apa yg akk buat lg² bila kita dpt menggembirakan hati orang lain. 
Moga akak akan sentiasa diberi peluang untuk membantu memudahkan urusan orang lain🤲

Siap bt suprise, agen akak masuk oder produk Asmak pula. Wah! Meroket betul agen akk sorang ni. TERBAIK💪

Serba sedikit catatan hari BiZi akal😅

Sabtu, 26 Mac 2022

PERSEDIAAN RAMADHAN



Bulan puasa dah nak dekat sangat dah ni. Apa persediaan korang untuk bulan puasa ni ? Mommy-mommy mesti dh busy ni merancang menu untuk keluarga. Jangan lupa rancang juga masa untuk perbanyakkan ibadah kita tau. 😇 


Nak beribadah pun kena ada tenaga. Kena sihat. Barulah ibadah terasa mudah dan lancar. Bulan puasa je mesti lesu dan tak bermaya kan. Jom dapatkan Asmak Ramadhan Booster ni ! 

Barulah terasa lebih semangat dan bertenaga. Puasa pun tak terasa penat ! Kerja seharian pun lebih lancar. Yang penting dapat beribadah dengan selesa 😍




Jumaat, 25 Mac 2022

MADU ASMAK

 Makin lama makin bertambah bilangan pesakit Covid-19. 

Nak keluar pergi mana-mana. Kadang-kadang terbatuk sikit atau bersin pun orang dah pandang dan mula menjauhkan diri.


Alhamdulillah, anak pun dah mula faham dengan situasi sekarang. Sebagai ibu saya cuba mencari alternatif untuk membantu anak mengelak daripada terkena batuk atau selesema. Dengan cara,saya gunakan Madu Asli Asmak.


Semua orang tahu Madu adalah pemakanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Harga juga mampu milik. Serendah RM39 SM sahaja untuk 300ml dan percuma Habbatussauda. 


Banyak manfaatnya jika kita amalkan Madu Asli ni rupanya, antaranya ialah 


Antara Kelebihan Madu Asli:

✅Meningkatkan imun badan

✅Meningkatkan kesuburan

✅Mencegah penuaan

✅Mengatasi batuk dan selsema

✅Meningkatkan metabolisme badan

✅Membekalkan tenaga

✅Mengatasi radang tekak

✅Mengatasi sembelit


Khasiat madu sudah dibuktikan secara saintifik dan praktikal untuk kesihatan badan. Selain ianya manis, madu juga membekalkan kita dengan nutrisi yang penting untuk badan kita.


Kita ikhtiar dengan sebaiknya. Yang pastinya, setiap kesembuhan itu terjadi dengan izinNya.


🥰


Madu Asli Asmak 300ml RM39 

Madu Halia Bentong 300ml RM59

Madu Kurma Merah 340ml RM70


Setiap belian madu akan mendapat PERCUMA

👉 HABBATUSSAUDA 30g* bagi setiap botol. 

👉 KAD SURAH AL KAHFI


www.wasap.my/60177340263/maduasmak


Khamis, 24 Mac 2022

BERHATI - HATI FENOMENA AKHIR ZAMAN


1. Banyak rumah semakin besar, tetapi keluarganya semakin kecil.


2. Perubatan semakin canggih, kesihatan semakin buruk.


3. Melancong keliling Dunia, tapi tidak kenal dengan jiran terdekat.


4. Pendapatan semakin meningkat, ketentraman jiwa semakin berkurangan.


5. Ilmu semakin tinggi, emosi semakin rendah.


6. Jumlah manusia semakin banyak, rasa kemanusiaan semakin menipis.


7. Pengetahuan semakin bagus, keadilan semakin berkurangan.


8. Perzinaan semakin rancak, kesetiaan semakin pupus.


9. Semakin banyak kawan di dunia maya, tetapi tidak ada sahabat yang sejati.


10. Minuman semakin banyak jenisnya, air bersih semakin berkurangan jumlahnya.


11. Pakai jam tangan mahal, tapi tak pernah tepat waktu.


12. Ilmu semakin tersebar, adab dan akhlak semakin lenyap.


13. Belajar semakin mudah, Guru semakin tidak dihargai.


14. Teknologi semakin canggih, fitnah dan semakin tersebar.


15. Orang yang rendah ilmu banyak bercakap, orang yang tinggi ilmu banyak mendiamkan diri.


Semoga kita sedar dan Semoga kita semua tetap berada di dalam lindungan ALLAH Subhanahu Wa Ta'aa. 🤲


آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَ الْعَالَمِيْنَ


Insya Allah. Sama-sama kita muhasabah.


SERBAGUNA & SESUAI UTK SEMUA👍

 Abang batuk, sapu minyak asmak


Adik selsema ,sapu minyak herba asmak

Ibu sakit kepala ,sapu minyak asmak

Ayah resdung sapu minyak asmak

Atok lenguh-lenguh sapu minyak asmak

Kakak luka kena pisau sapu minyak asmak

Baby kembung dan sembelit sapu minyak asmak


Eh, banyak rupanya kegunaan minyak herba asmak ni. Tak rugi la stanby sebotol kat rumah kan. Satu family boleh guna, jimat dan sangat berkesan. 


Minyak herba Asmak Alternatif rawatan Awal dirumah.

Rabu, 23 Mac 2022

X PERLU RISAU UTK MAKAN APA SAJA😍

 Bab makan memang win selalu..


jom menyicah garam belacan..telan ayaq liuq ka tu🤣🤣


Nampak ke dak tu hantu belacan, sedeboks besaq buh sekali


Tapi tak gaduh risau merenyam idung & mata ampa satg, Asmak Herbs Penawar Resdung kan ada. Cek telan bila nk ngap belacan jer haahahahaha


Krup krap tokak mangga kena plak cabai fuh baru terangkat..


Tak heran p dah org lalu lalang😂


Selasa, 22 Mac 2022

DOSA YANG DITANGGUNG

 

- LELAKI BUJANG Menanggung Dosa Sendiri Apabila sudah baligh..Sedangkan Dosa Anak gadis Ditanggung pula oleh Bapanya..


- LELAKI YANG MENIKAH Menanggung Dosa sendiri..Dosa isteri..Dosa anak Perempuan Yang Belum kahwin dan Dosa anak Lelaki yang belum Baligh...


- Hukum Menjelaskan..Anak Lelaki Bertanggung Jawab pada Ibunya..dan Sekiranya dia tidak Menjalankan Tanggung Jawabnya Maka dosa baginya Terutama anak Lelaki yang paling Tua..Manakala Perempuan tidak...Perempuan Hanya perlu taat kepada Suaminya...


- Isteri Yang berbuat baik Mendapat pahala.. kalau Berbuat tak Baik Dosanya Ditanggung Pula oleh Suaminya...


- Suami wajib Memberi Nafkah pada isteri..Tapi isteri Tidak...

Walaupun Begitu isteri boleh Membantu...Tak Layak bagi Suami Bertanya Pendapatan isteri Lebih-lebih lagi Menggunakan Pendapatan isteri Tanpa izin..


- Diakhirat kelak, Seorang lelaki akan Dipertanggung Jawabkan Terhadap 4 wanita ini Isterinya..Ibunya..Anak Perempuannya dan Saudara Perempuannya...


- Banyak Lagi yang Harus Ditanggung oleh Lelaki, Lebih-lebih lagi Yang bergelar Suami.. Kalau Dibayangkan Beratnya Dosa-dosa yang Ditanggungnya seperti Gunung dengan Semut..


- Itu sebabnya Mengikut kajian..Nyawa orang perempuan lebih Panjang Daripada lelaki.. Lelaki màti Cepat Kerana Tak tahan Dengan beratnya Dosa-dosa yang ditanggung..

Kita Sebagai insan Takkan Dapat Lari dari Qadha dan Qadhar dari Allah..


- Nyawa dan Jasad ini hanya Dipinjamkan oleh-Nya...Suatu hari nanti Pasti kita Akan kembali Menghadap yang Esa...

Kita sendiri tidak Tahu Apakah nasib kita di Akhirat kelak...Apakah yang Bakal kita Hadapi bila kita Ditanya oleh Kedua Malaikat...


Buat Anak Perempuan/Wanita yg Bergelar Isteri, marilah kita Sama2 Ringankan Beban Kaum Adam 😊 Mulailah Dari Menutup Aurat kita.

Buat Kaum Adam,,,,Didiklah Kaum hawa Di Jalan Yg Di Redhai Oleh Allah Dgn Penuh Kelembutan Dan Kasih Sayang 😊.

Sama2,Saling membantu, sama2 Saling Mengingatkan.


- Semuanya Kuasa Allah..

Kita berserah kepada-Nya dan Semoga “Perjalanan” kita ke “sana” akan diterangi dengan Cahaya-Nya…INSYAALLaH…


Semoga bermanfaat 🙏😊



Aamiin ♥


Kredit : Dalamislamcom

Isnin, 21 Mac 2022

Hari pertama Rifqi Adha bersekolah


 Seawal pukul 5pagi dia dh bagun dari tidur.
Terkejut juga ibu. Awal sungguh! Bila ibu suruh tidur dulu dia xmo pula. Nk pegi sekolah katanya😅. Ibu tunjuk la kakak² & abang² smua masih tidur. Tetap dia xmo lelap lg. Jd dia gigih teman ibu Tahajud. Elok je dia tunggu kt atas katil🤭

Selepas subuh saja suruh dia kejut abang² & kakak² dia. Pandai pula dia kejut.

Lega hati ibu bila dia yg lebih teruja nk ke tadika. Harap² setiap hari dia akn seronok nk ke tadika. Xmo ada drama². Tapi ibu yakin adik mesti akan seronok kt tadika nanti.






Bila ambik waktu balik td tengok wajah dia tersenyum² dh tau dia seronok ke tadika. Oleh kerana belum dapat baju baru, jd adik pakai je baju lama abang😅.
Bila tanya dia soalan, esok nk pegi sekolah x? Laju je dia jawab nak!!
Alhamdulillah🤲


Ahad, 20 Mac 2022

ADAT BERKAWAN

 

Bagus kata kata ini..Idea siapalah agaknya



Dari kawan ada yang menjadi rapat.

Dari kawan ada yang menjadi sahabat.

Dari kawan ada yang menjadi kekasih.

Dari kawan ada yang menjadi isteri /suami.

Dari kawan ada yang menjadi ipar.

Dari kawan ada yang menjadi biras.

Dari kawan ada yang menjadi bisan.

Dari kawan ada yang menjadi mertua.

Dari kawan ada yang menjadi madu.

Dan dari kawan ada yang menjadi lawan.

Itulah lumrah kita dalam berkawan...


Bila berkawan dengan ramai kawan ini...


Baru kita sedar...

Bukan semua kawan kita hidup sempurna...

Mungkin dia banyak duit...

TAPI ada broken famili...

Ada yang tak berduit...

TAPI ada keluarga yang bahagia...

Dari kawan itulah kita belajar sesuatu...


Nak cakap tentang kecewa dan terasa hati dengan kawan- kawan...

Sampai bila2 takkan habis...

Namun disebabkan nak HUBUNGAN itu kekal panjang...

Kena 'fake'kan semuanya...


Fake smile...

Fake feelings... dan

Fake emotions...

Kerana sayangkan kawan2...


Jangan kerana kita lihat kawan kita sering ketawa...

Sering tersenyum...

Tidak bererti dia tidak boleh terluka...

Kita sama-sama manusia...

ADA HATI dan PERASAAN...


Jadi, jangan kita perlakukan kawan kita itu sesuka hati...


Dalam berkawan kena ada satu prinsip...

Tak puas hati tanya depan2...

Jangan dengar dari orang lain sebab setiap lidah manusia itu ada 'RACUN' yang berbisa!!!


Demi mengelakkan dari salah faham dan permusuhan...

Tak kiralah jika kita ada kawan yang jenis nakal...

Masuk air kaa...

Suka buat lawak merapu sekali pun...

Jika dia seorang kawan yang baik...

Dia akan berani menegur salah dan silap kita!!!


Seorang kawan yang baik akan menerima teguran dari kawan2 sebaik2nya...

Dengan hati yang terbuka...

Lebih-lebih lagi tentang kebaikan dan mengingatkan kita kepada ALLAH...


Kawan ketawa memang ramai...

Kawan menangis sukar dicari...

TAPI mereka mungkin tiada dengan kita di saat susah...

Namun siapa tahu, dalam diam mereka tetap mendoakan kita...


Jadi jangan kita berburuk sangka pada kawan2!!!


Suatu masa nanti...

Satu demi satu kawan akan meninggalkan kita...

Masing2 dengan tujuan yang berbeza...

Mungkin antara kita juga ada yang telah terpisah buat selama2nya...


Yang tinggal cuma

KENANGAN dan NAMA...


Hargailah dan sayangilah kawan2 kita selagi hayat masih ada...


Al-Fatihah utk sahabat kita yg telah pergi dahulu... 😭


Berkawan biar saling mengingatkan bukan saling menyalahkan...

Jumaat, 18 Mac 2022

TIPS KENALPASTI MADU ASLI

 


  Semua orang tahu kalau sebut pasal madu

Arr 🤭bukan madu yang satu lagi tu ..ni madu makanan sunnah 🍯Macam kita semua tahu ,Madu memang BAGUS . 

    Bukan sahaja boleh mengubati pelbagai penyakit ringan, ia juga menguatkan antibodi badan agar tidak mudah diserang penyakit. madu merupakan salah satu Makanan Sunnah pilihan Rasullullah."

 

"Nak guna madu untuk rawatan kecantikan luaran dan dalaman pun boleh. Yang penting, kita pastikan madu yang diambil itu betul-betul madu yang asli." 


Tapi, macam mana kita pastikan #kualiti Madu itu Asli?🤔


Meh idah tunjukkan


Produk Asmak ada keluarkan madu yang berkualiti. Ada 3 jenis iaitu #MaduAsliAsmak #MaduHaliaBentong.

#Madukurmamerah 100% asli. Kualitinya terjaga, sebab itu madu ASMAK kami ada #pengiktirafan Malaysia Standard atau ISO. 😉


Tak Percaya? 

 "Betoi ke MADU ASMAK ni ORIGINAL?". 


Meh kita uji madu asli Asmak

Akak ada servey kat FB cara nak kenal pasti madu asli


Meh kita tengok stepnyer


Selepas dua hari letak dalam peti ais

Masih lembik


Gunting dan letak dalam bekas

Tengok dia punya madu tak putus-putus

Dan elok je bentuk


Ketiga kita pecahkan telur ayam kampung dan masukkan madu asli Asmak

Kacau-kacau dan tengok telor jadi pekat macam masak


Ni lah keistimewaan madu asli Asmak

Memang betol2 original


Pilihan idah mesti ler Madu keluaran ASMAK

Khamis, 17 Mac 2022

Ikhtiar setelah 2x neb

 

Stelah hampir 2 tahun adik x ke klinik, akhirnya gara² minum minuman kultur jenama x, adik tumbang .

Petang itu, atas kesilapan ibu sebenarnya kerana selalu belikan dia air jenama lain, tp oleh kerana air jenama x itu ada menawarkan mainan percuma, ibu tertarik. Adik hanya minum 1 botol sahaja dh menyebabkan adik batuk berlarutan. 

Malamnya ibu memang terus ikhtiar sapu mnyk asmak + mnum madu tp tidak berhasil.

Keesokan harinya, awal² pagi ibu dh bawa adik ke klinik. Xsanggup tgok keadaan dia dh mula penat bernafas & batuk xbehenti.

Ayat pertama yg keluar Dr mulut doktor ialah " adik makan apa? Dh 2 tahun x jumpa doktor ni. Yg lepas adik terlebih makan tembikai, kali ini adik kalah makan apa?"

Lpas doktor cakap baru ibu terfikir minuman kultur tu. Kalau x mmg ibu xterlintas. Doktor ingatkan ibu untuk peka dengan apa yg adik kalah. Xmo sampai jd macam Kak Fina, Paru² sensetif.

2hari berturut² adik terpaksa ambik gas kerana bacaan oksigen turun & paru² dh ada bunyi.

Masa adik xsihat mmg ibu ada bg minum Minyak Habbatussauda ni berselang dgn air madu. Mungkin adik rasa lega lepas minum Minyak Habbatussauda sebab tu dia suka mintak bila dia rasa xselesa.

Sekarang ini dh jd 1 kemestian utk dia minum sebelum tidur. Dia minta picit terus je ke dalam mulut dia. Alhmdulillah memang dia akan tidur lena hingga pagi. Xdelah dia merengek di tengah malam seperti sebelum² ini. Syukur alhmdulillah🤲

Moga kita istiqomah mengamalkan makanan sunnah ini demi kebaikan bersama. InsyaAllah...


Rabu, 16 Mac 2022

Budak Kecik ibu dh sunat🥰

 Syukur alhmdulillah akhirnya tercapai juga hasrat ibu nk sunatkan Si Comel ini😍.

Kerana ibu terlalu sayanglah ibu sunatkan kamu. Ibu nk kamu membesar dgn sihat. Kamu xperlu ada zuriat ye, nnti ibu dh xsempat nk syg kamu. Nanti ibu lebih syg ank² kamu je🤣.

Lepas ini jika diizinkan Allah, ibu nk sunatkan Putih pula. Cukuplah 2x dia beranak. Moga impian ibu tercapai🤲




Budak perangai pelik². 😩


Selasa, 15 Mac 2022

KAYA DUNIA KAYA AKHIRAT

 Ustaz umrah Syu ada cerita yang dia pernah bawak Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pergi haji . Bukan orang biasa . Antara 10 orang terkaya dalam Malaysia . Dari beras , gula , saham , pengangkutan , airport , semualah dia sapu . Kita tak cakap pasal kaya juta-juta . Ni dah level billion-billion.


Ustaz kata dia neves jugak nak assist Tan Sri . VVIP kan ? So sebagai wakil company , ustaz cuba bagi the best servis untuk Tan Sri . “Selama saya hidup, saya tak pernah tengok orang kaya yg betul tawadhuk macam dia”.Syu tanya “Tawadhuk macam mana tu ustaz”.


So ustaz cerita . Tan Sri ni pergi masjid pakai jubah biasa je . Selipar jepun takde brand . Dia masuk masjid solat zohor , tunggu asar , tunggu Maghrib and Isyak . Balik rehat di bilik sekejap-sekejap je . Banyak masa dlm masjid . Makan pun roti je buat alas perut. Takdenya makanan kena serve , masuk restaurant elite . Takde bodyguard yang iring dia dari hotel and tunggu di masjid . Dia jalan masuk ke masjid macam orang biasa je . Cuma Tan Sri selalu mintak ustaz masuk dlm masjid bersama Tan Sri sbb dia nak ustaz check bacaan Quran dia . 


Dah selesai solat , Tan Sri akan bangun dari tempat solat g ambik air zam-zam utk ustaz . Aik pelik ni ! Biasa VIP nak orang yang layan and serve dia . Tapi bukan Tan Sri . Dia yang dulu g ambik air zam-zam . Ada sekali ustaz bawak gelas khas untuk Tan Sri minum air zam-zam. Dekat masjid kat Mekah kan banyak tong air zam-zam and dah ada cawan plastik sekali . So ustaz sedia la gelas kaca untuk Tan Sri Minum . As servis dia la kan ? Special sikit . Tapi Tan Sri tolak . Dia kata dia nak minum dari cawan plastik macam orang lain je .


Setiap kali datang haji and umrah , sedekahnya luar biasa . 60,000 saudi riyal main-main je dia bagi kat ustaz and mintak ustaz agihkan . Happy orang-orang gelandangan , orang miskin area masjid dapat duit 100-200 riyal sorang . Around 150-250 duit Malaysia. 


And cerita yang paling berbekas di hati Syu adalah cerita semasa Tan Sri buat haji . Btw pakej VIP Haji ni ada banyak jenis . Ada yang 70K sorang, ada yang 170K sorang. Menteri , artis , org bisness kaya kebanyakan ambik yang 170K sorang tu. Tapi Tan Sri ambik yang 70K je . Share khemah dgn jemaah lain. 


Masa berwukuf di Padang Arafah , all the time Tan Sri duduk di tengah panas sambil doa , baca Quran sampai ustaz pun rasa bimbang . Risau kot-kot jatuh pengsan je apa . Masa VIP lain ada yang berehat di khemah , makan minum dengan selesa , doa and baca Quran pun dalam khemah je tapi Tan Sri tetap di kerusinya di bawah sinaran matahari and suhu waktu tu mencecah 40-45degree . 


Then sebab risau Tan Sri berlama di tengah panas , ustaz pun bawak payung and payungkan Tan Sri masa Tan Sri tengah doa . Then, Tan Sri tolak . Tan Sri kata “Ustaz , nanti masa kat padang mahsyar , ustaz tak boleh tolong saya . Beginilah panasnya. Saya dengan amalan saya , ustaz dengan amalan ustaz”. Masa tu ustaz tertampar . Rasa malu dengan seorang kaya yang sangat zuhud dan luar biasa pemikirannya . 


In fact masa ustaz cerita , terus Syu rasa sebak . MasyaAllah luar biasa pemikiran figura hebat ni . Betul tu . Kita hidup atas muka bumi ni banyak nak puaskan hati manusia . Nak orang sanjung kita , nak orang puji kita , nak orang layan kita , nak orang loyal kat kita , nak orang senangkan hati kita sampai kita sanggup buat macam-macam demi manusia lain . Kadang-kadang sanggup buat benda yang mengundang murka Allah semata-mata untuk tarik perhatian orang, nak bagi orang support kita , puja kita . Tengok saja hari ni . Demi content, macam-macam orang sanggup buat . Sedangkan di akhirat nanti , cuma amalan dan kita sahaja yang akan menunduk takut di depan Allah SWT . Tiada siapa pun yang akan tolong kita . Bukan mak , bukan suami , bukan followers , bukan kawan , bukan agent . Cuma kita dan amalan sahaja . Allahuakbar 😢


Terbaca kata-kata pegangan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dalam bisness adalah “Kekayaan yang Allah bagi untuk saya adalah demi membantu orang lain . Saya percaya tentang KEBERKATAN REZEKI . Bantu orang yang memerlukan insyaAllah pertolongan Allah pasti ada”. In fact , kalau korang tahu , Tan Sri pernah rugi 2 billion masa zaman kegawatan ekonomi dulu hanya untuk mempertahankan hak orang Melayu. Kita boleh tak macam tu ? Nak bagi adik pinjam 200 pun rasa nak marah . Nak hulur kat mak ayah 500 pun susah. Itu keluarga sendiri . Nak bagi masa tenaga kat team pun berkira untuk bantu dia . Tapi Tan Sri sanggup bantu orang yg dia sendiri tak kenal dengan jumlah yang besar . MasyaAllah hebat insan ciptaan Allah ni. 


Lagi satu , kita kena sangat percaya tentang keberkatan rezeki . Untung rugi bisness tu biasa . Lagi kaya , lagi banyak rugi . Bila rugi jangan sedih melampau. Ada la tu Allah nak bagi rezeki lebih lagi. Jangan berkira dengan orang. Jangan dikira-kira apa yang kita dapat sampai kita takut nak sedekah , nak bagi kat orang lain . Apabila rezeki itu berkat, insyaAllah takkan pernah habis dan rezeki tersebut berkurangan . 


Satu dalam sejuta . Orang kaya luar biasa . Kaya yg tak pernah takut miskin dalam sedekah. Teringat pada Saidina Abdul Rahman B Auf, sahabat Rasulullah SAW . Saudagar kaya yang pemurah dan dermawan . Susah nak jumpa zaman sekarang . Acah-acah kaya banyak la . Yang betul kaya tapi tawadhuk and pemurah, susah nak jumpa . Ini yang kita panggil kaya dunia akhirat . Saya mahu menjadi seperti dia. Kejayaan dan kekayaan yang ada bukanlah satu simbol kemegahan . Tapi dengan harta dan pangkat , kita gunakan untuk memanfaatkan manusia lain , untuk mengubah dunia menjadi tempat yang lebih baik insyaAllah dengan izin Allah .


Kaya dunia , kaya akhirat ....


Isnin, 14 Mac 2022

UBAT BATUK DAN OTAK

 Perubahan cuaca yang ekstrem mengundang pelbagai penyakit. Antaranya ialah batuk. Hampir kesemuanya dari kita pernah batuk dan pernah mengambil ubat batuk.


Lazimnya apabila batuk, tempat yang dituju ialah farmasi atau klinik. Yang akan dijinjing balik adalah sebemban ubat.


Ubat utama semestinya ubat batuk. Pelbagai warna dan perisa. Menjadi kesukaan kanak-kanak terutamanya.


“Ubat batuk ok apa sebab melegakan batuk”. Ujar rakan saya pantas apabila ditanya. Ya betul ubat batuk melegakan batuk.


Tetapi ada kesannya. Lebih buruk lagi kesannya ialah pada otak. 


Pengambilan ubat batuk menyebabkan bahagian otak yang menjadi paksi untuk belajar, membuat keputusan, perancangan dan pengurusan emosi menjadi tidak aktif. 


Penstoran maklumat sementara juga terganggu. Mudah lupa adalah akibatnya. Bila bercakap ayat terputus-putus. “Apa nama atau aaaa” menjadi teman bicara.


Kesannya? Prestasi otak merudum. Kualiti emosi terjejas. Pemprosesan otak menjadi perlahan. Dalam erti kata lain ialah kita terjerumus ke dalam hari lembab sedunia yang kita cipta.


“Jadi nak ambil apa kalau tak boleh ambil ubat batuk. Kahak banyak ni”. Ada macam-macam alternatif. Antara yang saya suka ialah mencampurkan satu atau dua sudu madu lebah bersama bawang.


Caranya ialah:

1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja. 

2. Leraikan ulas bawang tersebut.

3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.

4. Gaulkan biar rata.

5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.

6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.

7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak. 

.

Bagaimana dengan bawang yang tinggal tu? Kalau ada selera telan. Kalau tak ada selera, pandai-pandai membuat keputusan.

.

Kalau ubat batuk yang memberi kesan negatif sentiasa diambil dengan bangganya mengapa tiada ubat alternatif yang tidak memberi kesan negatif diragukan?

.


.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik pautan untuk sertainya t.me/neuroversiti

.

#DrOtak

#cocoOCOC

#MalaysiaBrainAcademy

MADU ASLI



 SEMINGGU AMALKAN,

BATUK DAH HILANG.


Itu adalah antara salah satu 

f€€dback dari p€langg@n.


Alhamdulillah,setelah seminggu memberi anak amalkan Madu Asli Asmak secara konsisten.Dengan izinnya batuk anak pun pulih.


Itulah kebaikan yang kita akan dapat bila kita amalkan madu setiap hari.Mari berkenalan dengan Madu Asli Asmak👇


🐝Isipadu Madu Asli ialah 300ml 

🐝Sesuai dimakan oleh kanak² dan orang dewasa

🐝Memberikan tenaga yang berpanjangan dan menguatkan antibodi

🐝Sesuai diamalkan untuk mereka yang ada masalah batuk

🐝Merupakan salah satu makanan sunnah

🐝 Percuma sebotol Habbatussauda 


Untuk dapatkan madu keluaran Asmak,boleh dapatkan dari saya🥰


#KuatkanAntibodi

#MakananSunnah

Ahad, 13 Mac 2022

IKHTIAR SEMASA +VE COVID

 #PengalamanPengguna


Bila disahkan positif C-19 pada 6hb September 2021, pelbagai ikhtiar dilakukan.


Alhamdulillah, saya hilang deria bau terus buat rawatan wap dengan merebus halia+lemon+cengkih. Masih tiada deria bau lagi. 


Keesokkannya saya cuba lagi. Kali ini sy titiskan Minyak Herb@ Asmak dalam air rebusan halia+lemon+cengkih.


Dengan menggunakan towel besar sy selubung dan hidu perlahan². Alhamdulillah terasa lega pernafasan sampai ke dada.


Selepas rawatan wap saya terus bau perfume. Alhamdulillah, ada bau dihujung². Terasa nak lompat bintang.


Setelah diri terasa kosong berada di dunia Allah dengan ditarik nikmat deria bau. 


Alhamdulillah esoknya buat lagi rawatan wap.

Sangat membantu melegakan pernafasan dan deria bau kembali seperti sediakala.


kredit : Puan Marshah Shahrudin 


#GoNaturalForABetterLife 

#MinyakHerbaAsmak


#ikhtiarc19

Jumaat, 11 Mac 2022

Tenang is MENANG

 Semakin bertambah umur semakin mahu kehidupan senyap.


Orang tak ajak, kita diam sahaja.


Orang tak suka, kita jauhkan diri sahaja


Orang tak perlu kita bantu, kita tengok sahaja.


Orang tak nak bantu, kita uruskan sendiri


Orang tak nak berkawan, kita cari kawan yang sudi.


Kita hidup tanpa ambil hati dengan siapa siapa. Suka hati lah orang lain nak buat apa pada kita


Kita teruskan hidup kita dengan bahagia cara kita.


Tanpa perlu sentap, x perlu emosi. Semakin kita bertambah umur, kita mahukan kehidupan semakin senyap.


Kehidupan senyap yang menenangkan. 

Malas bergaduh dengan orang dan mahukan kedamaian sahaja.


Biar mengalah asal kita menang dalam diam.


Biar mengalah asal tidak melibatkan sesiapa.


Biar mengalah dan diam. Diam itu tenang. Tenang itu menang.

 

Kredit : Nuqman Yaakub

Saya suka pandang bunga ni kerana beri saya ketenangan😍

Kecil yang SANGAT MEMBANTU😍

 Aduuhh.. peningnya kepala ni!


Dah 2 hari pening kepala. Tidur pun dah tak boleh nak lena. Tuhan je tahu macam mana rasa sakit ni.Berdenyut-denyut.


Betul orang cakap kalau sakit kepala mesti akan alami simptom-simptom macamni:

1.Susah nak tidur

2.Kerja akan tergendala

3.Susah nak fokus

4.Rasa keadaan sekeliling berpusing

5.Rasa badan tak stabil

6.Rasa ingin jatuh pengsan dan berada terawang-awang


Alhamdulillah, sakit kepala pun dah berkurang. Terima kasih banyak Minyak Herba Asmak. Kerja pun dan boleh buat sepeeti biasa.


Nasib baik ada Minyak Herba Asmak. RM19 pun dah dapat 10ml. Sangat jimat dan berbaloi. Ada kelulusan KKM dan dijamin halal.




SET RESDUNG

 Resdung ni hinggap tak kira usia. Kanak-kanak tak terkecuali. Siksanya rasa terutama pagi-pagi dan merah muka akibat bersin. Macam udang ba...