Ahad, 5 Februari 2023

KEMBARA ANAK DEMAM

 



"HMMM MACAM MANA NAK BALIK KAMPUNG NI ANAK DEMAM LAH PULAK"


Tengah syok kemas kain baju esok nak balik kampung tiba-tiba anak pulak demam. Haa sudah tepuk dahi mummy daddy. Nak balik ke tak ni anak tak sihat la pulak."


Tak lama lagi kan nk cuti sekolah Penggal Akhir, pasti ramai yang nak balik kampung. Tapi bila anak tiba-tiba tak sihat fuhhhh pening kepala. Sebagai ibu bapa, anda boleh je balik kampung walaupun anak anda tak sihat tapi anda kena pastikan anda tahu apa yang perlu anda sediakan ketika dalam perjalanan tak kisah lah jauh atau dekat. 


Untuk pulang ke kampung bersama anak yang demam, antara tips yang saya boleh kongsikan dengan mummy dan daddy di luar sana ialah :


✅PASTIKAN ANDA MENYEDIAKAN BEKAS UNTUK UBAT

Nak balik kampung tu mummy dan daddy perlu sediakan bekas ubat khas untuk kecemasan nak pulak bila anda pulang ke kampung dalam keadaan anak tak sihat. Antara peralatan dan ubat yang boleh disyorkan untuk dibawa ialah :

- Demam Kool

- Hansaplast

- Gel Aloe Vera

- Ubat Selsema

- Botol Spray

- Picagari

- Ubat batuk

- Termometer

- Semburan Hidung


Ni antara contoh peralatan dan ubat yang boleh dibawa. Kalau nak tambah lagi pun boleh. 😊


✅BAWA AIR MINERAL YANG SECUKUPNYA

Nak pulang ke kampung ni air mineral wajib ada dalam setiap kereta. Nak pulak kalau anak anda tak sihat anda kena bagi dia minum. Kalau nak tengok anak cukup minum air ke tak, cuba kira berapa kali bawa anak ke tandas untuk buang air kecil atau cuba kira berapa kali anda perlu tukar pampers anak. Kalau memanjang ringan je pampers ataupun air kencing anak sikit je/ nampak pekat kekuningan itu tandanya masih kurang air dalam badan anak. Kalau dia tak nak minum air mineral, takpe beli je air vitagen ke air kotak ke janji anak anda minum air untuk elakkan hidrasi. 


✅STANDBY BAJU LEBIH, TUALA KECIL & PLASTIK 

Bila anak tak sihat risiko untuk mereka muntah sangat tinggi so elok lah bawa baju spare dan tuala kecil. Plastik boleh digunakan bila anak anda nak muntah. Takdelah bersepah kereta anda nanti. 


✅ PASTIKAN ANAK ANDA PAKAI BAJU YANG SELESA

Nak jalan jauh ni make sure anak anda pakai baju yang longgar. Pakaian yang longgar memudahkan anak anda bernafas melepaskan pakaian yang baik. Jangan pulak anak tengah demam anda pkaikan dia pakaian yang merimaskan dia. Bahaya. 


✅RANCANG PERJALANAN 

Kalau nak balik kampung bersama anak yang tak sihat ni lihatnya anda bertolak waktu pagi ataupun malam untuk mengelakkan kesesakan jalan. Kalau anda stuck dekat jem nanti anak anda tak selesa. Berhenti di R&R untuk mendapatkan rehat terutamanya bagi mummy dan daddy.


Apa yang anda lalui ni nanti akan memudahkan anda bila terjadi lagi perkara yang sama. Sekurang-kurangnya anda dah tahu ape nak buat kalau terjadi lagi. Selamat bercuti 🙋🏻‍♂


#MinyakHerbaAsmak

Jumaat, 3 Februari 2023

Ikhtiar Hamil

 Saya ada seorang kawan, memang ada masalah period. 3 bulan tak datang haid. Dah berkahwin. Biasanya kalau kita dah berkahwin, #period tak datang ikut tempoh yang sepatutnya memang ada masalah #hormon.


Tapi masalah kawan saya ni, dari dia single memang ada masalah kitaran haid. Haid tak menentu. Sehinggalah dia berjumpa dengan saya. Waktu pertama kali kami berjumpa, saya ada bagi dia katalog Asmak skali dengan sampel minyak asmak 3ml.


Beberapa bulan selepas tu dia wsp saya. Dia share masalah haid dia. Saya khatamkan dulu kisah dia. Lepastu saya pun buat kesimpulan dari cerita dia tadi. 


Saya suspek dia memang ada masalah ketidak seimbangan hormon. Jadi kena atur balik kitaran haid tu. Kebetulan kawan saya ni memang berhasrat nak ada #zuriat sendiri.


Jadi, saya suggest dekat dia susu kambing dengan madu kurma merah. Sebab kedua-dua supplemen ni memang membantu untuk mengatur masalah hormon dalam badan.


Kawan saya pun grablah 2 item tu. Dua minggu selepas dia amal set tu tadi, dia wsp saya balik. Agak gelabah jugaklah kan sebab takut dia tak sesuai dengan produk tu. Rupanya dia bagitau ada darah yang berwarna hitam kelua.


Mulanya saya suruh dia cek pregnancy test dulu sebab risau dia mungkin hamil. Esoknya dia wsp bagitau result -ve. 


Jadi saya suruh dia teruskan amal susu kambing dan madu kurma merah tu. Namun darah dia tetap keluar sikit sikit saja. Saya minta dia buat skali lagi pregnancy test namun keputusan tetap -ve. Dari situ saya dah suspect itu adalah darah lama yang tak kelua2.


Saya mintak dia amalkan je set tu secara konsisten. Sampailah satu hari ni, kawan dia wsp saya. Sebak wei bila baca wsp dia🥲. Dia nak repeat beli susu kambing dengan madu kurma. Dia kata, tak lama lepas buat pregnancy test kedua, darah dia keluar banyak. Lama dia tak tengok darah banyak tu. 


Kesian sangat tengok dia. Hanya perempuan saja tau perasaan macamana bila period tak datang dalam tempoh yang agak lama. 


Jadi, cuba cek diri kita atau anak kita. Ada tak masalah macamni. Kalau ada, saya sedia membantu. Begitulah cerita kawan saya tadi. Semoga Allah sentiasa memelihara kawan saya ni dan Allah tunaikan hajat dalam hatinya. Aamiin🤲🏻




SET RESDUNG

 Resdung ni hinggap tak kira usia. Kanak-kanak tak terkecuali. Siksanya rasa terutama pagi-pagi dan merah muka akibat bersin. Macam udang ba...