Isnin, 22 Julai 2019
REZEKI💞
Dulu saya fikir solat Dhuha dan membaca zikir itu pembuka pintu rezeki.
Dulu juga saya fikir, rezeki itu berupa wang, gaji yang besar, banyak order, banyak job, urusan kerja lancar, banyak simpanan di bank, banyak aset seperti kenderaan, hartanah di sana-sini dan lain lain.
Setelah mencari apa makna rezeki sebenar dalam Islam (sesuai yang tertera dalam Al-Quran dan Hadis) ternyata anggapan saya benar-benar salah dan melencung jauh.
Ternyata.....
🍁 Langkah kaki yang dimudahkan untuk hadir ke majlis ilmu, itu adalah rezeki.
🍁 Langkah kaki yang dimudahkan untuk solat berjemaah di masjid, adalah rezeki.
🍁 Hati yang Allah jaga jauh dari iri, dengki dan kebencian, adalah rezeki.
🍁 Punyai sahabat-sahabat yang soleh yang saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.
🍁 Saat keadaan sulit penuh keterbatasan, itu juga rezeki. Mungkin jika dalam keadaan sebaliknya, justeru membuat kita kufur, sombong, angkuh bahkan lupa diri dan mudah terdorong melakukan maksiat.
🍁 Punya orang tua yang sakit-sakit, ternyata itu adalah rezeki, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu syurga bila kita tulus ikhlas menjaga dan mengurus kedua orang tua kita.
🍁 Tubuh yang sihat, adalah rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk rezeki, kerana sakit adalah penghapus/penggugur dosa jika kita redha dan sabar.
🍁 Dan...dan...dan mungkin ada lagi jutaan senarai lainnya bentuk-bentuk rezeki yang kita tidak sedari dan tak terfikirkan.....
Suami isteri dan anak-anak sihat itu rezeki, anak-anak pelajaran nya lancar itu rezeki, hidup rukun sesama jiran tetangga itu rezeki...
Bahkan bila anda mendapat kiriman/pesanan tausiah keagamaan yang mengajak kebajikan dari group WhatsApp itu juga rezeki, kerana anda mendapatkan Ilmu darinya...
Justeru apa yang harus kita berwaspada adalah ketika hidup kita berkecukupan, lebih-lebih lagi jika mewah, penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan, sedangkan... masih terlalu banyak hak Allah yang belum mampu atau tidak kita tunaikan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
SET RESDUNG
Resdung ni hinggap tak kira usia. Kanak-kanak tak terkecuali. Siksanya rasa terutama pagi-pagi dan merah muka akibat bersin. Macam udang ba...

-
Hari ini luangkan masa bersama anak² ke BP Mall. Lama sungguh x pergi mall ni sejak pendamik covid melanda. Oleh kerana Bulan Ramadhan pon ...
-
Kehidupan akak ni mmg simple...serba serbi nk yg simple...akak ni jenis x suka pakai skincare atau benda2 yg rimas kt muka akak ni..yg akak...
-
Alhamdulillah, asbab madu kurma merah ni mama dah period. Orang lain test urine nak tunggu result double line. Tapi mama tiap2 bulan test ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan