Hari Jumaat biasanya banyak masa untuk bt aktiviti kegemaran saya. Dapatlah bermesra² dgn pokok² bunga.
Oleh kerana hari ini cuaca agak redup, jd saya bercadang kemas area dalam pagar utk letak Pokok² Bunga Rose. Maklumlah sebelum ini letak Pokok Bunga Rose ni kt luar je. Pokok Rose ni x boleh kena hujan lebat, nanti akar dia akan rosak. Jadi saya plan nk letak kt tepi pagar. Jd dia akan dapat sinaran mentari pagi dengan baik tetapi waktu hujan dia akn terhindar dari kena hujan secara terus. Hanya kena tempias dia sahaja.
Walau tangan masih x berapa ok, bila hati nak buat, saya tetap akan buat. Yg berat kita suruh 'akak Sado' kita yg angkat😅
Syukur dapat siap sebelum hujan turun dgn lebatnya.
Moga pokok² Rose saya akan terus hidup subur.
I'm fall in love with Roses❤️
Tiada ulasan:
Catat Ulasan