Dulu masa sekolah menengah, selalu sangat senior sebut jadilah macam ikan. Walaupun tinggal di laut, tapi bila nak digoreng kita kena letak garam.
Dah macam tak ada perumpamaan lain kan. Huhuhu
Tapi betul lah. Ikan ni, walaupun dari baby depa duk kat laut. Tapi isi ikan tetap manis. Pernah tak kau jumpa ikan isinya masin. Tak pernah kan.
Begitulah.
Secara fitrahnya ikan di laut masin isinya tetap manis. Kalau ada yang masin pun, itu sebab kau dah tabur garam kat ikan tu.
Sama juga dengan hidup kita ni.
Walaupun banyak sangat gangguan dan ujian dari luar, sebolehnya kita hadapi sahaja dengan relex dan tenang.
Hidup kita bukan berkisar tentang orang lain. Tapi tentang kita, bahagian serta ketenangan hati kita sendiri.
Jangan banding berapa banyak harta orang. Tapi kita banding diri kita dengan orang yang tinggi Taqwanya.
Qada dan Qadar kita tidak sama. Selagi masih berpeluang, nikmat saja hidup ini dengan rasa syukur dan redha. Jalan terus, yang penting sentiasa tenang. Allah sentiasa ada untuk kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan