Sabtu, 1 Januari 2022

Terapi Naik Kereta

 Isteri saya kaki kereta, tahap hard core. Saya ok je sentiasa menyokong. Tak salah pun dia minat kereta. 

Tapi bukan kaki kereta macam orang lelaki. Dia lain.

Dia obses naik kereta. Yang kena drive adalah saya, bukan dia. Hampir setiap hari. Jalan-jalan tanpa destinasi. Nampak jelas kegembiraannya.

Kalau mood tengah tak ok, ajak naik kereta. Setel terus 🤣😁

Dia mula minat naik kereta sejak jadi surirumah sepenuh masa dari tahun 2016. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10227667728059138&id=1245072773 Ni sebab kenapa dia berhenti kerja sebagai pensyarah.

Pusing-pusing naik kereta ni aktiviti yang bermanfaat sebenarnya. Macam me time bagi dia. Banyak boleh borak, slow talk, boleh bagi tazkirah secara santai sampai tertidur hahaha 😅

Kepada para suami, merondalah membawa tulang rusuk mu, ia bagai pergi melancong dengan bajet murah😁

*P/s- cara akak berbeza sikit je pasal akak yang drive. Angkut semua anak⁵, pandu je kereta tanpa tujuan. Rasa nak singgah memana, berhenti. Dh puas, ayuh pulang kerumah! 😅


Ada tak orang lain suka naik kereta tanpa destinasi macam ni?😂

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SET RESDUNG

 Resdung ni hinggap tak kira usia. Kanak-kanak tak terkecuali. Siksanya rasa terutama pagi-pagi dan merah muka akibat bersin. Macam udang ba...