Ahad, 24 April 2022

PERINGATAN BT KITA SEMUA

 Kalau pergi shopping raya, hati-hati dengan pergelangan tangan kita.


Saya ingat lagi masa suami dan keluarga yang lain hendak solat maghrib di sebuah shopping mall. Masa itu saya jaga anak-anak terlebih dahulu di kaki lima mall. Kami duduk di lantai menghadap pemandangan tingkat bawah.


Ada seorang wanita di sebelah saya. Asyik senyum-senyum.


Then, yang saya ingat, dia kata design gelang saya cantik. Dia tak pernah tengok. Padahal tu design biasa yang ramai orang pakai. Suami dia pun sandar pada dia dan sama melihat gelang tersebut.


Sebenarnya saya pun tak tahu macam mana gelang tu ternampak. Mungkin masa nak angkat anak duduk diriba, pergelangan baju tertarik lalu ternampak gelang tersebut.


Seterusnya saya tak ingat apa.

Tahu-tahu anak tepuk bahu kata, "Dah, Mommy pula solat"


Masa ni saya terpandang tangan sendiri sedang buka cangkuk gelang.


Allah Maha Besar.

Sedangkan selama pakai gelang, tak pernah saya bukak. Dah kenapa depan stranger saya nak buka seolah-olah nak serah kepada mereka.


Astaghfirullah..


Teruskan Wanita tersebut dan 'suami' nya bangun dan gerak meninggalkan kami begitu sahaja sebaik anak menepuk bahu.


Begitu juga beberapa tahun sebelumnya,


Dalam bulan puasa juga.


Kami bergesa-gesa nak keluar semula dari mall untuk menuju ke kereta kerana hanya saya dan kakak Aisyah sahaja keluar kereta untuk mencari barang.


Sambil jalan saya bercakap dengan kakak Aisyah. Sekali, tiada suara balasan kakak Aisyah yang terkebelakang sedikit.


Saya Toleh, kakak Aisyah tak ada.


Segera saya Toleh balik ke kiri kanan dan ke depan.


Nampak kakak Aisyah sedang laju mengikut Wanita berbaju hitam dan berfurdah.


Padahal, saya bukan berpakaian begitu. Kakak Aisyah pun budak sekolah rendah sudah masa tu. Tak silap saya dalam darjah 4. Tak kan tak tahu mana satu Mommy untuk dia laju follow?


Saya kejar kakak Aisyah.


Saya tepuk panggil "Aisyah" dan tepuk bahu dia.


Aisyah macam terkejut dan hanya sebut, "Mommy"


Allah Maha Besar.


Saya rasa saya patut ceritakan sebab takut ramai yang keluar shopping dan terlepas pandang hal begini.


Dan saya tulis ini untuk ingatkan saya sendiri juga. Allah Maha Besar. Hati-hati



#HatiHatiShoppingRaya

#mommydaddydecorstories

Selasa, 19 April 2022

TANDA ISTERI PENAT MENTAL & EMOSI

 Tanda2 isteri anda dah penat mental dan emosi…


Bila tentang penat, lelaki penat, perempuan pun penat…beza penat lelaki dan perempuan ialah penat lelaki byk disebabkan oleh kegunaan anggota badan utk melakukan sesuatu kerja...itu penat fizikal, penat yg boleh dirawat dgn mendapatkan rehat yg secukupnya, pengambilan suplemen, pengamalan gaya hidup yg sihat, penjagaan pemakanan atau tido…


Tapi penat org perempuan, byk disebabkan oleh mental dan emosi…


Penat yg mcm ni, sukar dirawat jika pasangannya tidak memahami keadaan dirinya…ianya perihal dalaman, perasaan serta emosi yg ada didlm hati dan akal fikirannya yg berkemungkinan tidak diluahkan atas alasan untuk menjaga hati org lain especially pasangannya…


Memendam perasaan inilah yang menyebabkan kaum isteri penat mental dan emosi…


Tanda-tanda isteri kita mengalami penat ini ialah cepat marah atau meninggi suara untuk kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak-anak…contohnya, anak2 tertumpah minuman, anak2 terjatuhkan barang, anak2 tersilap buat keje sekolah, anak2 tidak respon apabila dipanggil dan sebagainya…


Isteri cepat hilang sabar…


Apabila kita dgr isteri dah mula meninggi suara pd anak2, ketahuilah yg bukan kesalahan anak2 itu besar, tp dirinya dah penat mental dan emosi dlm melayan anak2...mgkin kita jadi suami membiarkan dia bertungkus lumus dan berperang seorang diri dgn anak2...kita hanya bersilang kaki menonton rancangan kegemaran kita dikaca televisyen sambil mkn popcorn atau main hp…


Isteri hilang mood utk bergurau senda, isteri tidak mempamerkan riak wajah gembira atau bersedih – emotionless, isteri kurang ramah seperti sebelumnya, isteri byk menjauhkan diri dr kita, isteri mengasingkan diri di dapur atau di bilik, dan isteri tanpa sebab…


Dia cepat sensitive kerana dlm hatinya bergelora, fikirannya serabut, byk perasaan bercampur aduk…


Penat mental dan emosi ni hanya boleh dirawat jika kita menolong meringankan bebanan yg dibuatnya, berkomunikasi aka menyelami isi hati si isteri, menghargai apa yg dia dah lakukan dlm rumahtangga itu, bwk dia keluar atau bercuti seketika utk menjauhkan dirinya dr persekitaran yg sama hari2 dihadapannya. …


Jgn biarkan isteri menghadapi penat ini seorang diri jika anda masih perlukan kehadiran dirinya dalam hidup anda…😔🙏✌️


Kredit : Firdaus Shakirin


Isnin, 18 April 2022

TIDAK ADA MAK YANG SEMPURNA



Datanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esok Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. Jangan sakiti Mak, Mak sakit melahirkan kita, tapi Mak gembira. Jangan sakiti Mak, Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita. Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya. 


Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi banyak Mak yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak-anaknya. Mak mempunyai hati yang ikhlas sehingga tidak pernah membalas jasanya yang menjadikanmu seperti sekarang. Mak adalah orang yang tetap ada, ketika orang lain meninggalkanmu.


Waktu bersama Mak tidak lama. Waktu berjalan begitu cepat, dan tidak terasa dia sudah berusia. Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua kerana dia jambatan kita ke Syurga. Jangan sampai yang tertinggal hanya penyesalan dan baju-baju peninggalannya.


Sumber : Rohana Saad

Saya dh xde mak😭😭.

Hargailah dia selagi dia masih ada.


Rabu, 6 April 2022

X sangka dpt No.2😍

 Sejak semua anak⁵ bersekolah, ibu mmg jd super super BiZi . Di tambah lg Bulan Ramadan . Kadang² rasa mcm nk tertanggal semua anggota badan ni😩.

Bagun seawal 4pagi utk siapkan juadah bersahur. Alhmdulillah Allah beri ruang utk tahajjud sekali. Selesai semua bersahur, memasing akn bersiap utk Solat Subuh & ke sekolah utk Kak Ain & Kak Fina.

Selesai hantar 2org tu, ibu akn siapkan Iman & Rifqi pula utk ke tadika. Selesai hantar mereka, ibu akan bersihkan meow & Ranbir pula. Sekali jengah pokok² dilaman rumah.

Barulah jengah ke dlm rumah pula. Sidai kain jemuran, kemas mana yg berserabut.

11.30pagi ibu dh keluar semula utk hantar Kak Maira pula ke Sek Men. Lepastu terus ambil Iman & Rifqi di Tadika. Singgah juga ke SKYP utk ambil Kak Fina.

Selepas itu barulah dpt berehat sekejap sementara tunggu Kak Fina bersiap nk ke Sek Agama. Lps hantar Kak Fina ke Sek Agama, ibu terus pergi ambil Kak Ain di Sek Men. Selepas itu barulah ibu dpt rehat panjang sikit. Dapatlah lelapkan mata sekejap.

Kak Fina balik sek agama biasa Kak Ain yg ambil. Mcmtu juga Kak Maira. Ringan sikit tugas ibu. Ibu pula di dapur siapkan juadah berbuka. Sejak Dr PKP ibu mmg jarang ke Bazar Ramadan. Anak⁶ lbh suka ibu masak je apa yg ada. Alhmdulillah... Anak⁶ mmg xcerewet psl makan.

Selesai berbuka, biasanya kami akn solat maghrib , Isyak & Terawih berjemaah. Alhmdulillah... Juga kerana PKP kami dpt terapka


n rutin ini bersama😍.

Setelah selesai semua itu, barulah ibu jengah mediasosial ini.

Tup² HQ Asmak update pemenang Contest UPDATE BLOG. Ya Allah sungguh xsangka akak dpt tempat ke 2😍

 Akak ni memang jenis suka menulis tp kadang xde masa utk menulis je😅.
Syukur alhmdulillah atas setiap rezeki yg Allah kurniakan🤲

Selasa, 5 April 2022

Memaafkan x MUNGKIN Melupakan

 Ramai orang bertanya kepada Tok Abah, "saya boleh maafkan tapi saya tak boleh lupakan." Jawapan standard Tok Abah bagi, anda tak akan lupakan sebab anda pandai.


Macam mana nak lupa? Orang tipu, orang sailang, orang sabotaj, orang fitnah. Takkan boleh lupa? Anda orang pandai.


TETAPI


Anda boleh maafkan. Kita tak lupa sebab kita tak nak pisang berbuah dua kali. Kita tak nak benda buruk yang sama jadi lagi kepada kita. Yang penting kita maafkan orang yang pernah buat kita.


#PesanTokAbah


Sabtu, 2 April 2022

Tip Berbuka Utk Turunkan Berat Badan💪

 Ini antara tips berbuka puasa untuk kekal atau turunkan berat badan di bulan Ramadan.



1. Mula makan berbuka dengan sedikit karbo ringkas. Ia terus beri badan tenaga segera.


2. Cukup secawan air manis, segelas air kosong, sebiji dua kuih atau 2-3 biji kurma.


3. Tunaikan solat maghrib kemudian baru sambung dengan makanan yang lebih berat.


4. Berbuka dengan 2/3 daripada keperluan kalori diri sendiri. Sebaiknya simpan sikit untuk moreh.


5. Contoh 2/3 ialah 1000 kalori, ambil 750 kalori masa berbuka dan 250 lagi waktu moreh.


6 Jika makan nasi, mee, roti atau karbo lain, pastikan ada protein dan sumber serat sekali.


7. Karbo kembalikan tenaga. Protein kekalkan otot dan serat berikan rasa kenyang dan lama.


8. Kawal saiz hidangan. Ambil portion kecil dulu. Rasa tak cukup baru tambah sikit lagi.


9. 1 hari 1 nikmat hidup. Bahagia jadi 30 hari. Hari ni cendol, esok roti john, lusa murtabak. 


10. Dari suapan pertama ambil masa 15-20 minit untuk signal kenyang sampai ke otak. 


11. Makan dengan perlahan. Ia kawal paras gula dalam darah, insulin dan nafsu makan.


12. Berhenti sebelum kenyang dan bangun terus. Lagi lama ada depan makanan, lagi susah berhenti dan berterusan makan.


*****


Elak terus belasah makan banyak awal waktu berbuka puasa.


Ia membantu kawal paras gula dan insulin daripada naik mendadak.


Nafsu makan jadi lebih bertenang, mudah nak kawal diri dan dapat elak makan berlebihan.


Cukupkan minum air kosong. Bahagikan dari mula buka puasa sampai waktu moreh.


Berdoa juga sebelum azan. Pesan Nabi SAW, ini waktu mustajab untuk doa.


Minta pada Allah agar terus kuat semangat dan berjaya turun berat badan pada kali ini.


Begitulah.


Mohd Shahfazreen.

Marhaban Ya Ramadan.

Jumaat, 1 April 2022

APRIL DH MENJELMA❤️

April dh menampakkan dirinya. Tinggal 2hr lg seluruh umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Moga Allah kurniakan kesihatan yg baik bt kita semua agar dpt menjalani ibadah puasa dgn sebaiknya🤲.
Awal pagi Abam Poslaju dh hantar 4kotak stok produk Asmak 😍. Seronoknya rasa bila rak dpt penuh semula❤️. Xperlulah hati ini risau kerana biasanya Bulan Ramadhan ni ramai yg cari MADU ASMAK. Memang bagus kita amalkan Madu ketika Bulan Puasa ni. Xdelah badan kita letih sgt. Lagipun Madu kan Sunnah Nabi, InsyaAllah banyak kebaikan utk kesihatan kita.

Awal bulan agen akak dh mula START ENGIN nk 🚀. Dia dh restoklah❗

Alang² dia restok, akak bg SPEACIAL GIFT kt dia kerana Restok Bln Mac capai 1k👏👏

Xkurang juga pelanggan setia yg masuk oder juga utk persediaan Ramadhan. Moga Set Madu ini memberi manfaat bt akk sekeluarga. Aamiin...

Belah petangnya ada yg melamar MINYAK HABBATUSSAUDA. Dia ingin mencuba utk masalah ulser dlm mulutnya. Moga serasi & cepat sembuh🤲

Alhmdulillah...
Awal bulan yg bt akak tersenyum walaupun penat. Moga selepas ini akk dpt bantu lbh ramai lg masyarakat yg ingin tingkatkan taraf kesihatan keluarga mereka🤲...



SET RESDUNG

 Resdung ni hinggap tak kira usia. Kanak-kanak tak terkecuali. Siksanya rasa terutama pagi-pagi dan merah muka akibat bersin. Macam udang ba...