Kawan. Belum ada sakit, tidak bermakna kita sedang sihat.
1. Kolestrol tinggi dalam badan tidak mesti tunggu rasa sakit dibahagian di dada.
2. Serangan jantung boleh menyerang secara tiba-tiba.
3. Strok bermula adakala tak memberi khabar berita.
4. Kencing Manis boleh tak semena-mena ada bila gaya hidup
5. Kanser pula diam-diam sahaja dah mula menyerang organ yang ada.
Ingat. Adakala penyakit menyerang tidak memberi tanda-tanda awal. Tak sakit tak bermakna tak perlu jaga makan, tak perlu buat senaman atau jalani hidup sihat.
Sebab nak sakit itu syaratnya tak mesti obes. Kerana orang kurus juga berisiko dengan penyakit jika tidak disiplin menjaga pemakanan.
Paling penting. Ada atau tidak satu-satu penyakit tu, biarlah kita terus jalani gaya hidup sihat. Kerana pda akhir sekali kita akan sedar. Menjaga kesihatan tetap satu keuntungan.
Arif Sukri
Gaya hidup sihat satu pelaburan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan