Khamis, 12 Mei 2022

WALK AWAY

 Salah satu benda penting yang aku belajar dalam hidup ini ialah 'walk away'.


Dengan kata lain, belajar untuk melepaskan meski pun sesuatu yang kita sayang.


Belajar untuk tinggalkan pergaduhan. Bertengkar, berhujah, berdebat, biar pun kita menang, namun ia menjejaskan hubungan.


Belajar meninggalkan seseorang yang berpura-pura menyokong kita. Atau mereka yang selalu mengambil kesempatan ke atas kebaikan kita.


Berhenti memberi penjelasan kepada orang yang tak nak dengar jawapan, sebaliknya mereka hanya ingin mencari kesalahan. Paling penting, berhenti melakukan sesuatu perkara hanya untuk puaskan hati orang lain.


'Walk away' ni sangat power tau. Awalnya kita akan rasa berat hati untuk melepaskan. Awalnya kita akan rasa bersalah sebab menjauhkan diri. Awalnya kita rasa serba salah sebab tak mampu puaskan hati mereka. 


Namun selepas itu kita akan rasa lega. Rasa bebas. Rasa puas. Rasa gembira. Rasa bahagia.


Kadangkala, bertahan dan bersabar itu perlu. Namun ada masa, melepaskan itu lebih membahagiakan.


Belajarlah 'walk away' daripada sesuatu yang hanya membuatkan kita tersekat, yang membuatkan kita tertekan, yang menjadi racun dalam hidup kita, dan yang menyekat potensi diri kita.


Salam Jumaat. Perbanyakkan sedekah dan selawat.


Selamat pagi dunia!


#MFS

- Hiduplah demi kepuasan diri, bukan untuk puaskan hati orang lain. -

.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SET RESDUNG

 Resdung ni hinggap tak kira usia. Kanak-kanak tak terkecuali. Siksanya rasa terutama pagi-pagi dan merah muka akibat bersin. Macam udang ba...