Selasa, 14 Jun 2022

AKHIRNYA BERJAYA!

 

Siap juga 2pasang baju yg sahabat² tempah. Sebenarnya takut nk mulakan semula aktiviti menjahit seperti ini. Maklumlah dh 4tahun tinggalkan dunia jahitan seperti ini🤭 . Biasanya akak hanya ambil jahitan yg simple² je mcm repair pakaian, jahit tepi. Memang dh lama sungguh xsiapkan Sepang baju begini.

Kerana kesiankn sahabat ini tempah baju raya 3pasang dgn tailor tp xboleh pakai. Allahu.... Xsampai hati akak dengar. Dia tau akak mmg bt baju, jd dia merayu minta akak buatkan baju rewang dia. Dalam masa 1minggu akak kena siapkan 2pasang! Memang akak kena cabar diri ni! Bukan xboleh buat tp dh lama sgt tinggal bidang ni jd takut xboleh nk siapkan & xnk kecewakan harapan orang. Syukur alhmdulillah, Allah permudahkan semua. Baju kurung moden tu terletak elok kt badan si pemakai. Ada gambar nnti akak up ye .

Lepastu mula ramai yg nk tempah baju. InsyaAllah jika ini permulaan akan menjahit semula, akak cuba bt yg terbaik. Cuma xmo ambik banyak. Kena sedar kemampuan diri dh xsama mcm dulu. Dulu dlm 1bulan akak siapkan 50pasang baju. Bila ingat balik kenangan lama, rasa xpercaya! Itulah kemahiran yg akak ada utk tambah duit belanja dapur. Anak² yg besar memang tau mcmana susahnya ibu nk besarkan mereka. Moga mereka juga ada semangat juang dlm hidup seperti ibu. Jangan mudah mengalah! Jadikan Allah yg utama! InsyaAllah kehidupan kita akn dpermudahkan olehnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SET RESDUNG

 Resdung ni hinggap tak kira usia. Kanak-kanak tak terkecuali. Siksanya rasa terutama pagi-pagi dan merah muka akibat bersin. Macam udang ba...