Selasa, 28 Jun 2022

RINDU MAK😭

 TIDAK ADA MAK YANG SEMPURNA


Datanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esok Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. Jangan sakiti Mak, Mak sakit melahirkan kita, tapi Mak gembira.


Jangan sakiti Mak, Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita. Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya.


Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi banyak Mak yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak-anaknya.


Mak mempunyai hati yang ikhlas sehingga tidak pernah membalas jasanya yang menjadikanmu seperti sekarang. Mak adalah orang yang tetap ada, ketika orang lain meninggalkanmu.


Waktu bersama Mak tidak lama. Waktu berjalan begitu cepat, dan tidak terasa dia sudah berusia. Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua kerana dia jambatan kita ke Syurga.


Jangan sampai yang tertinggal hanya penyesalan dan baju-baju peninggalannya.


Rindu Arwah Mak Hjh Rosiah bt Hj Omar & Arwah Abah Hj Mohamed bin Ismail. Ya Allah, tempatkan lah kesayangan saya ini di Syurga Mu🤲🤲


Kredit : Rohana Saad & Bik Garage Zambri Bik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SET RESDUNG

 Resdung ni hinggap tak kira usia. Kanak-kanak tak terkecuali. Siksanya rasa terutama pagi-pagi dan merah muka akibat bersin. Macam udang ba...