Kita ni hidup untuk menunggu mati.
Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tahu bila datangnya, maka Allah bagi sikit hiburan. Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita bermanja-manja. Dia bagi kita anak-anak untuk bermain-main. Dia bagi kita emas, duit, harta, pangkat dan kedudukan untuk kita bertenang-tenang.
Suami adalah hiburan. Isteri dan anak adalah hiburan. Duit dan harta adalah hiburan. Tapi kita ni macam budak-budak. Budak-budak kalau dibagi mainan, terus leka. Terhibur sangat dengan mainan sampai lupa makan, lupa mandi, lupa belajar, lupa solat.
Begitulah kita.
Asalnya kita ni hanya menunggu mati. Tapi dek kerana leka dan hanyut dengan hiburan yang Allah berikan, kita lupa tujuan asal kita hidup. Sibuk dengan kerja, sibuk kejar emas, duit, sibuk kejar pangkat (takhta), sibuk kejar jawatan. Sampai ibadah pun hanya buat yang wajib saja, itupun sekadar buat cukupkan syarat.
Ibadah hanya biasa-biasa kerana lebih seronok kejar hiburan. Macam budak-budak, bila mainannya dirampas, terus membentak-bentak dan nangisðŸ˜
Begitulah kita, ketika Allah ambil suami, isteri, anak, kerjaya, emas, duit, harta, kita menangis dan berkata Allah tak adil.
Padahal setiap hari kita tak berlaku adil pada Allah 😔
Muhasabah.
Kredit: Dr.Amirul Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan