Jumaat, 15 Julai 2022

KEBAIKAN BEEMAIN AIR

 Patutlah anak seronok bila dapat mandi sungai atau kolam. Rupanya ini 3 (tiga) kebaikan yang mereka akan dapat ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

********************


✅Air bersifat teraputik yang menjadi terapi ketenangan, menghilangkan tekanan serta kebosanan di kalangan kanak-kanak.


✅ Berenang mendorong anak untuk menjadi lebih yakin diri, dan mempunyai rasa percaya diri yang tinggi. Ketika berenang mereka dapat menggerakkan badan dengan sendiri. Aktiviti ini memerlukan keberanian yang tinggi buat si anak. Di peringkat awal kita perlu berikan kata-kata semangat supaya anak boleh lakukan dengan baik tanpa rasa takut.


✅ Berenang merangsang otot-otot motor kasar dan dapat melatih-otot fizikal anak untuk lebih mantap. Ini kerana berenang melibatkan ransangan pada otot-otot bahagian gerakan tubuh dan pernafasan. Semua anggota badan dari kaki, tangan dan kepala bergerak walaupun teknik gerakan mungkin belum cukup sempurna.


Jadi, mak ayah tunaikanlah keinginan anak-anak untuk mandi sungai atau kolam. Awasi dan perhatikan mereka agar tidak terlewat dalam aktiviti itu. Yang penting jangan biarkan mereka melakukan perbuatan berbahaya. ๐Ÿ˜‰


Lagi satu, lepas mandi jangan lupa sapukan #MinyakHerbaAsmak ye. 


Musim wabak sekarang ni lagi senang penyakit nak menyinggah. Minyak Herba Asmak sebagai pencegah daripada #Batuk #Selesema #Kahak #Semput.


Sapu setiap malam sebelum tidur pun dah cukup. InsyaAllah anak tidur lebih selesa dan tenang.๐Ÿฅฐ


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SET RESDUNG

 Resdung ni hinggap tak kira usia. Kanak-kanak tak terkecuali. Siksanya rasa terutama pagi-pagi dan merah muka akibat bersin. Macam udang ba...