Dah lama perati kitten ni. Selalu bila ibu dia xnampak kelibat dia, pasti ibunya dh panggil. Sayang betul Si Ibu. Dia sebenarnya ada 2 beradik. Hampir setiap hari nampak dia waktu ambil & hantar Iman & Rifqi ke tadika.
Hari ini datang awal sikit nk ambil anak² tadika. Cuaca hujan. Mungkin kitten ni sejuk jd dia kejar ibu dia. Bila si anak sampai, Si Ibu terus tampar mukanya berkali². Saya jatuh kasihan lihat kejadian itu. Saya terus datang dekat kt kitten tu. Rupanya Si Ibu dh bunting lg. Patutlah pelik perangainya. Saya terus dukung Si Anak. Rupanya telinganya bernanah! Saya nekad nk bela dia. Jika dia terus di tadika pasti xde yg peduli keadaannya. Ibunya pon dh xsayang seperti dulu.Saya namakan Manje kerana dia memang manja. Manje duduk dengan ibu ye. Saya terus belikan ubat untuk rawatan telinganya.
Nanti bila telinga tu dh elok ibu mandikan ye.Moga awak hidup sihat bersama ibu ye...🤲🤲
Tiada ulasan:
Catat Ulasan