Pernah rasa tidak mahu bangun dari katil?
Bukan, itu bukan malas.
Bukan juga kerana mahu berhenti berusaha.
Cuma melepaskan lelah
yang tersangkut dalam tubuh,
selepas sekian lama berjuang.
Selepas ini,
akan kembali bergerak di medan.
Berehat sekejap, tidak bererti berhenti.
Tapi mengumpul tenaga dan momentum.
Umpama busur yang dihenti sedetik,
sebelum melepas anak panah menuju sasaran.
#PernahRasa
#NazrySalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan