Sabtu, 31 Disember 2022

Last Day 2022

 Dari awal bangun tidur kepala ni dh rasa semacam. Cepat² ambil Minyak Habbatussauda + Madu Asli. Semasa badan tengah ada tenaga ni cepat² siapkan makan tengahari. Cukuplah sekadar bakar Ikan Cari, air asam & sayur pucuk paku. Itupun semalam sahabat yg bagi sayur tu.

siap je masak, terus panjat katil. Aduhai, xlarat sungguh badan ni. Kepala dh rasa macam ada batu besar! Bertahanlah sampai malam ni baru boleh urut.

Petang sikit cuba bangun. Alhamdulillah rasa ringan sikit. Eh! Laju je geng roger² ajak g ngeteh. Sanggup ambil kt rumah pula tu. Ok akak layankan jela. Pekena Mee Goreng mamak ni sedap pula kt tekak. Lawan pula dgn Nes 0 panas. Wow! Berpeluh.



PPelanggan setia Stevia lamar 2botol terus! Kita bg gift kalender 2023 sekali.


Agen Asmak pon tambah order utk cukupkan jumlah Restok RM300+


Belah malam minta tolong dengan anak bujang hantarkan g urut. Lega sungguh rasa bila dpt berurut 1 badan. Moga lepas ni akan terus sihat. InsyaAllah.

Syukur alhamdulillah atas pengakhiran tahun 2022 yg baik. Moga permulaan dan sepanjang tahun 2023 ini akan hadir kebaikan & kejayaan. Aamiin Allahumma Aamiin🤲

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SET RESDUNG

 Resdung ni hinggap tak kira usia. Kanak-kanak tak terkecuali. Siksanya rasa terutama pagi-pagi dan merah muka akibat bersin. Macam udang ba...