Isnin, 26 Disember 2022

MADU ASLI ASMAK

 Sekarang ni orang makin sensitif. Kalau berulang-kali batuk atau bersin dekat tempat awam, mulalah orang tengok semacam. Yang terlalu paranoid silap hari bulan dia tegur, "Kalau tak sihat jangan keluar."


Tapi kannn sekarang ni bukan sebab pasal positif atau negatif si kobid ni. Lebih kepada batuk & selsema viral je. Sebab ada je yang batuk kerap & selsema tapi bukan sebab kobid punnn. 


Ikutkan kita memang dah kena belajar hidup dengan kobid ni. Nak pakai mask setiap masa, eh lemaslah. Rasa lagi susah nak bernafas. At least kalau kita rasa risau berjangkit dengan orang lain, so kita pakailah sebagai langkah pencegahan.


Salah satu cara untuk mencegah daripada terkena jangkitan dengan mengamalkan pengambilan madu asli. 


Selain membantu tingkatkan imunisasi badan kita, madu dapat melegakan batuk & selsema, meningkatkan metabolisma badan, bekalkan tenaga, kurangkan radang pada tekak. 


Pengambilan madu asli ni bukan hanya ianya sebahagian dari pemakanan sunnah yang menjadi amalan Rasulullah SAW je. Tapi dah terbukti secara saintifik dan praktikal untuk kesihatan badan. 


Di dalam kitab hadis sunan ibnu Majah disebut, dari Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah SAW :


"Siapa menjilat/minum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat." 


Yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum/jilat madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut. 


Jom standby stok madu dekat rumah! 



#MaduAsli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SET RESDUNG

 Resdung ni hinggap tak kira usia. Kanak-kanak tak terkecuali. Siksanya rasa terutama pagi-pagi dan merah muka akibat bersin. Macam udang ba...