Di tahun baru ini aku belajar tentang beberapa perkara.
1. Jangan terlalu menunjukkan bahagia, kerana kita takkan pernah tahu bila kita akan diuji. Tiada satu pun hubungan manusia bebas daripada ujian Tuhan.
2. Jangan terlalu menunjukkan kejayaan dan kejayaan kerana ianya sekelip mata boleh hilang. Ada kawan aku kemain tunjuk sale juta dalam sebulan akhirnya terpaksa gulung tikar dan bermula dari bawah semula.
3. Jangan berbangga-bangga dengan aktifnya bersukan, konon terpaling sihat dan cergas. Ada yang lepas bersukan tumbang kena stroke, ada yang disahkan ada penyakit kanser walaupun selalu bersenam dan menjaga makan.
Bukan tidak boleh berkongsi bahagia. Bukan juga tidak boleh berkongsi kaya dan berjaya. Bukan juga tak boleh berkongsi bagusnya menjaga pemakanan dan pentingnya senaman dan bersukan.
Cuma perlu berpada. Perlu bersederhana.
Usahalah jadi yang terpaling dalam semua perkara. Kerana bila Allah uji sedikit, hilanglah segala kebanggaan itu.
Ikutlah saranan nabi saw, bersederhana dalam semua perkara. Itulah yang terbaik.
#MFS
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan