Isnin, 30 Mei 2022

NASI IS THE BEST👍

 UBAH AMALAN MAKAN GANDUM..KEMBALILAH MAKAN NASI. 


Kenapa?


Gandum tinggi kandungan protein gluten yang berisiko menyebabkan leaky gut dikaitkan dengan:


1) Alergi.

2) Masalah angin dan kerosakan pencernaan.

3) Gangguan mental.

4) Kepenatan kronik.

5) Penyakit gangguan imun termasuk autoimun.

6) Penyakit gangguan hormon 

7) Berlebihan berat badan.


.

Penyakit biasa ni makin berleluasa 👆


Nak tunggu barat FDA kata bahaya gandum kena spray glyphosate tu? Ini umpama tunggu penjual produk kata produk dia mungkin beracun jika ambil jangka masa panjang. Bukan kata gandum ni racun, tapi kemungkinan mudarat itu banyak 


Sudah tentu kuantiti memainkan peranan. Tapi genetik orang kita sudah tentu serasi makan nasi. 


Penyakit di atas makin membarah.

Masyarakat kita pulak makin ketagihan makanan bergandum. Buktinya roti canai dan roti bantal makanan utama sewaktu PKP.


Nak sihat,

Nak kurus,

Nak cerdas mental,

Nak awet muda.

.


Stop sebulan dua je makanan gandum dah boleh nampak perubahan ketara insha Allah. Ni pemerhatian saya dah 10tahun bukan sahaja hadkan gandum dalam keluarga, tetapi juga pesakit dan klien. 

.


Makan nasi. Tak jimat. Tak cepat. 

Tapi lebih selamat. Kurang mudarat. Lebih sihat. Badan jadi kuat. Rasa hebat. 


.


.

Hafiz Sulaiman

-Pejuang Kesihatan

CASH is The King

Ujian Semakin Perit...


Tertiba teringat suatu kisah disebuah surau di USJ Subang Jaya, beberapa waktu yang lepas..


Terdengar perbualan seorang pemandu teksi dan AJK Surau selepas selesai solat Subuh..


"Saya nak minta bantuan pihak Surau bantu saya bayarkan bil api saya dah tertunggak..


"TNB dah bagi warning akan potong letrik kalau tak bayar dalam masa 3 hari, saya mohon bantuan RM75 tuan"..pohon seorang pakcik dalam pakaian seragam putihnya...


"Ohh SOP Surau ni tak boleh bagi cash sebab dah banyak kes penipuan" jawap AJK dalam keadaan acuh tak acuh..


"Cuba Pakcik ke Masjid kat sana tu, mungkin mereka boleh bagi cash sebab kutipan mereka banyak"...sambung AJK 


"Saya dah pergi Tuan, tapi mereka kata kena isi borang & tunggu kelulusan AJK katanya"


"Itu pun kena bagi banyak maklumat & kena tunggu seminggu baru dapat jawapan.Dan bukan semua diluluskan sebab mereka akan buat pemeriksaan dulu" keluh pakcik tu...


"Saya terpaksa datang kesini sebab dah putus usaha & bekalan tunai.


Minyak teksi saya pun dah kuning" rayu pakcik tu ..


"Maaf Pakcik memang SOP kita tak boleh bagi tunai...Tapi kalau nak bantu makanan saya boleh bagi..


"Pakcik boleh pergi ambik kat Kaunter Asnaf kat depan sana tu.Ambik yang dalam beg plastik oren Jakel tu tau"


Tapi syarat Pakcik memang tak mampu & ambik satu kampit aje tau...takut nanti terambik hak orang lain pula" syarah AJK dengan nada seorang penceramah...


"Takpa la Tuan, terima kasih, bekalan beras kat rumah saya masih ada lagi . Biar golongan Asnaf saja yang ambik hak mereka tu" jawap pakcik dengan perasaan kecewa sambil menuju kearah teksinya Proton Saga yang sudah uzur..


Sebelum sempat beliau berlalu, bangkit seorang jemaah bekas pegawai Tentera terus bersuara lantang menegur AJK Surau..


Tak habis-habis dengan SOP SOP...


SOP kau ...Suruh Orang Pergi" syarahnya sambil menjeling kearah AJK tadi..


Kemudian beliau membentangkan sejadahnya serta membuat suatu pengumuman yang cukup berkesan ...


Sebijik aku pernah dengar dari Guru ku Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki ketika membicarakan Kitab Sairus Salikin.


"Kalau telinga Tuan-Tuan dengar orang yang meminta sedekah secara terang-terangan "wajib" kita menghulurkan bantuan walaupun sepuluh sen sebab dia dah jual maruah diri nya"


"Kita kena bantu saudara kita ini supaya maruahnya dapat dikembalikan dengan cara terhormat bukan menolaknya dengan alasan yang remeh...


Selang beberapa saat kemudian menderu jemaah lain termasuk AJK yang masih tersentak dengan teguran Kolonel bersara tu meletakkan beberapa helai wang kertas termasuk beberapa keping wang RM50 keatas sejadah...


Aku hanya memandang dengan seribu penyesalan....


Tanpa mengira jumlah dikutip Kolonel & beberpa jemaah menyerahkan wang tersebut sambil memeluk erat pakcik yang tampak sangat terharu dengan rezeki yang tidak terduga...


Banyak pengajaran yang ku dapati dari insiden ini..


Lebih berkesan dari ceramah-ceramah Subuh sebelum era PKP...


- Bawa lah dompet duit bila ke Surau....


- Hanya suatu usaha yang kecil dapat memberikan kebaikan pada mereka yg memerlukannya.


- CASH is the King...bukan beras & maggi


- Bersangka baik pada yang meminta terutama pada mereka yang baru cuba untuk meminta kerana bukan mudah nak jual maruah diri untuk menagih simpati orang..



Salam dari Kampong Mahmodiah Johor Baru

Ahad, 29 Mei 2022

PETUA KEKAL SIHAT TANPA UBATAN

 Jarang-jarang sekali saya jumpa keputusan darah kolesterol pesakit cantik macam ni. Beliau tiada apa-apa masalah kesihatan, tidak mengambil apa-apa ubatan. Saya kira, mungkin hanya akan jumpa 1 dalam 50 orang saja tahap kolesterol cemerlang begini.


Bila pesakit dah ada depan mata, saya cubalah kutip apa yang patut dari beliau.


Umur dah 51 tahun, tapi nampak macam 40-an saja usianya. Badan yang fit, cergas dan awet muda lagi.


Saya kongsikan di sini 10 perkara yang beliau kongsi dengan saya.


1. Puasa Isnin dan Khamis tak pernah tinggal, puasa-puasa sunat lain juga beliau amalkan.


2. Nasi hanya makan 1 kali sehari, cukup untuk isi perut yang lapar, bukan untuk mengenyangkan.


3. Makan bila lapar, bukan makan bila ada makanan. Berhenti sebelum perut rasa kenyang.


4. Makanan favourite adalah ulam-ulaman, sejak kecil diajar makan ulam oleh ibu ayahnya.


5. Kopi, teh dan milo tak pernah ambil sejak usia muda remaja. Beliau tahu ada kopi dan teh yang baik, tetapi beliau tidak berminat. Katanya, kopi 3 in 1 betul-betul rosakkan badan.


6. Jarang sangat ambil air manis. Seminggu sekali pun susah.


7. Sentiasa ada buah-buahan di rumah walau 1 biji. Bila lapar, cari buah dan bukan biskut.


8. Setiap tahun beliau wajibkan diri buat ujian darah untuk melihat tahap kesihatan diri. Bila ada keputusan yang tidak cantik, beliau berusaha belajar dan mencari ilmu untuk kawal dengan pemakanan.


9. Beliau tidak percaya langsung dengan iklan makanan dan minuman yang ada di TV, sebab kebanyakannya adalah makanan tinggi gula. Banyak mata telah dikaburi.


10. Buat sesuatu, sentiasa fikir kebaikan dan keburukan. Apa kita nak makan dan minum, fikir dulu samada ia baik atau buruk untuk tubuh badan kita. 


Ini gaya ayah-ayah yang nasihatkan anak. Saya belum mampu buat sepenuhnya apa yang beliau berjaya buat sejak usia muda.


Seawal beliau masuk ke bilik, saya siap tanya lagi, "Encik makan ubat kolesterol ke?" Sebab cantik sangat kolesterol beliau, sangsi pula saya kot ada ambil ubat kolesterol dari farmasi.


Rupa-rupanya, ada cerita menarik tentang gaya pemakanan beliau yang perlu kita contohi.



Sumber : Mazliana Mazlan

Sabtu, 28 Mei 2022

BELUM SAKIT, XBERMAKNA KITA SIHAT

 Kawan. Belum ada sakit, tidak bermakna kita sedang sihat. 


1. Kolestrol tinggi dalam badan tidak mesti tunggu rasa sakit dibahagian di dada. 


2. Serangan jantung boleh menyerang secara tiba-tiba. 


3. Strok bermula adakala tak memberi khabar berita. 


4. Kencing Manis boleh tak semena-mena ada bila gaya hidup


5. Kanser pula diam-diam sahaja dah mula menyerang organ yang ada. 


Ingat. Adakala penyakit menyerang tidak memberi tanda-tanda awal. Tak sakit tak bermakna tak perlu jaga makan, tak perlu buat senaman atau jalani hidup sihat. 


Sebab nak sakit itu syaratnya tak mesti obes. Kerana orang kurus juga berisiko dengan penyakit jika tidak disiplin menjaga pemakanan. 


Paling penting. Ada atau tidak satu-satu penyakit tu, biarlah kita terus jalani gaya hidup sihat. Kerana pda akhir sekali kita akan sedar. Menjaga kesihatan tetap satu keuntungan. 


Arif Sukri

Gaya hidup sihat satu pelaburan.


Jumaat, 27 Mei 2022

PENYELAMAT❗

 Terasa sejuk sangat dada pagi tadi, sampai rasa sempit dada dan batuk2. skrg ni macam mudah kena mcm ni. cepat benar trigger😞. mujur ada 2 item ni.


Sapu minyak asmak ni kat dada. Tak panas pun. berangin jur. Akak guna sejak 2016 lagi,benda ni mmg ni wajib ada. Asal guna untuk anak batuk dan asma, last2 guna untuk diri sendiri. nampak tak dewasa pun leh pakai. macam2 kegunaan tau jadi, set berlambak ubatan tu, kita tukar pakai hok ni jahh..


Sebelum ni, amalkan madu halia. tapi since batuk dan semput kita ni very the teruk. kita upgrade pakai minyak habbatussauda. mmg tindakan pantas. sembur jur 10-20x. jgn risau xbyk pun sebenarnya. xsampai sesudu besar pun.



Rasanya xlah semanis madu. sakit sikit jur.Tapi kita nak sihat cepat. sapa nak uruskan rakyat jelata & kerja.no hal la.1 jam terus lega.


Alhamdulillah, serasi dengan kita.



Khamis, 26 Mei 2022

My ANNIVERSARY👩‍❤️‍👨



 Syukur alhmdulillah...

21tahun sudah aq hidup bersama Hairulnizam bin Moktam ni. Dengan kehadiran 3pasang cahaya mata , rasa hidup ni dh lengkap dh🥰


Jodoh yg mak abah aturkan. Berkat redha mereka , kami bertahan hingga ke hari ini walaupun pelbagai dugaan yg datang. Syukur🤲

Moga perkahwinan ini sentiasa dlm lindungan & kasih sayang Allah selalu. Moga rasa cinta antara kami akan terus mekar & mekar hingga akhir hayat kami. Aamiin Ya Mujib🤲

Plan nk pegi "Kopi Ikat Tepi" tapi owner xrespon. Jd kita cuba tempat baru "Buluh Village"

Makanan kt sini kira ok, harga pon berpatutan. Tempat plak best. Tenang je pemandangan persekitaran yg dikelilingi pohon buluh.

Antara menu yg femes kt sini😋



Kalau nk lepak santai, lepas ni boleh repeat lg. Tempat dia nyaman je😍




Rabu, 25 Mei 2022

MINYAK HERBA ASMAK❤️

 Macam mana Minyak Herba Asmak boleh bantu menghilangkan kahak?


Meh sini nak jelaskan. Minyak Asmak ada bahan semulajadi yang premium seperti habbatussauda, ​​minyak zaitun, gamat dan minyak kelapa dara yang bagus untuk selsema batuk kahak.


Jadi caranya, hanya sapu Minyak Asmak secara konsisten dan kerap pada dada, hidung, kaki, leher dan belakang.


Ia akan membantu untuk MENCAIRKAN KAHAK tersebut.


Bila dah cair, ia akan mudah dikeluarkan


1. Munntah


-sebab bila kita pun rasa ada cecair banyak dalam tekak, rse nk muntah. Macam tu jugak baby.


2. Melalui najis. 


- bila dah cair kahak, dia boleh turun melalui najis jugak. Sebab itulah ada najis yang berlendir


3. Melalui hingus


-Jangan terkejut pulak lepas sapu Minyak Asmak, hingus makin banyak. Sebabnya kahak tu dah cair. Tugas parents kena sedut hingus. Kalau tak dia akan berkumpul jadi kahak balik.


Lain budak, lain cara untuk dia keluarkan kahak tersebut. Jadi kita kena perhatikan anak kita jenis mcm mne. Kalau mudah ikut najis xpe. Tapi kalu melalui hingus, mak ayah kena sedut hingus tu.


Jangan biarkan kahak lama dalam dada, boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, serta masalah lain yang lebih serius. Jom ikhtiar.



#MinyakHerbaAsmak

Selasa, 24 Mei 2022

TAK NAK MAKAN UBAT, KITA SAPU² JE


Payah betul nak pujuk anak makan ubat, jenuh kejar satu rumah. Dan la selsema, batuk dan banyak kahak dia bantai menangis sbb kena paksa makan ubat, bertambah banyak la hingus dia. 


Tapi bila sapu #MinyakHerbaAsmak dia nak pulak. Alhamdulillah lega dan Batuk Selsema dan kahak pun hilang. Memang mujarab. Kena simpan satu dalam 1st Aid Box setiap rumah.


Kegunaan Minyak Herba Asmak Mujarab


🌸 meredakan batuk

🌸 meredakan selsema

🌸 hidung tersumbat

🌸 batuk

🌸 luka kecil

🌸 mabuk perjalanan 

🌸 mabuk laut

🌸 gigitan serangga

🌸 mudah tidur 

🌸 menjauhkan nyamuk/serangga


Dapatkan segera hari ini

.

BERMINAT NAK CUBA?

Picit link whatsap 


www.wasap.my/60177340263/minyakMagik 



Isnin, 23 Mei 2022

Sambutan Hari Raya AIM

 Selagi raya belum habis, selagi tu lah kita raya kannn😂

Hari ini selepas mesyuarat mingguan AIM, kita bt sambutan Hari Raya pula anjuran Pusat Nur Zarith. First time join psl akak pon baru je join AIM ni. Moga dgn join group AIM ini dpt membantu akak jana modal utk bisnes🤲

Menu dia memang best👍
Kawan baru yg boleh ngam dgn kepala😍
2 ket



X sah la kalau kami x ber OOTD🤭



Kawan susah senang😍❤️

Moga ikatan persahabatan kami kekal selamanya🥰

Ahad, 22 Mei 2022

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PnC 3/4

 Alhmdulillah.. tahun ini diberi peluang utk turut serta dlm majlis yg memang dh lama xdpt turut serta. Hampir 4thn xdpt berkumpul mcmni.

Semalam En Somi sertai Majlis Jamuan Hari Raya Stokis saya, jd hari ini saya join program dia pula. Adilkah🤭



Antara Pilot² Darat PnC 3/4

Bila dh lama xjumpa ni memang sembang x abis² la kan😂



Bersama MADAM. Kak Anom😍
Bersama orang jauh ni. Ani dr Selangor

Bersama Kak Uda kita Dr Bandar Tenggara😍



Kami bini² Pilot.

Rasa puas bila dpt luangkan masa bersama mereka semua. Moga ada kesempatan berkumpul begini lg InsyaAllah





Jumaat, 20 Mei 2022

Rumah Terbuka Super Stokis Asmak JB

 Hati penuh bunga² kerana dpt jumpa PENGASAS ASMAK iaitu Pn Norfazilah & suami.

Bukan senang nk jumpa beliau ni tau! Bila dpt jumpa ni rasa 1 AURA luar biasa😍. Rasa nk terus maju ke hadapan bersama Asmak 💪

Terima kasih xterhingga bt Norhidayah Rosidi kerana sudi jemput ke Majlis Rumah Terbuka beliau😍. Walau kena drive jauh sikit tp saya tetap teruja nk turut serta. 2tahun xdpt BT majlis sebegini, tahun ni memasing teruja nk bt🤭

Dalam perjalanan nk ke Saleng td, saya sempat COD produk Asmak ke 2 tempat.

1botol Minyak Asmak 30ml utk pelanggan baru, 2botol Minyak Asmak 50ml & Stevia utk pelanggan setia. Alhmdulillah🤲




Produk Asmak memang senang jual! InsyaAllah mane yg dh guna akan cari lagi😍

Inilah Big Bos ASMAK😍
Antara barisan Agen Asmak Johor


PELUANG MENYEMAK KETEPATAN ARAH KIBLAT

 


Jangan lupa !

28 MEI 2022 ini merupakan hari berlakunya peristiwa Istiwa' Adzam di Kaabah yang membolehkan kita untuk menyemak ketepatan arah kiblat .


Istiwa' Adzam di Kaabah merupakan suatu peristiwa apabila Matahari kelihatan berada tegak di atas Kaabah sehingga bayangan Kaabah tidak akan kelihatan ketika itu. 


Ketika kedudukan Matahari berada di atas Kaabah, arah bertentangan dengan bayang objek tegak yang terhasil di tempat lain boleh digunakan untuk mencari arah kiblat.


SETAHUN HANYA DUA KALI .


Umum mengetahui, kita tidak akan melihat Matahari berada di lokasi yang sama setiap hari disebabkan kecondongan paksi bumi semasa mengelilingi matahari . 


Kita di Bumi akan melihat Matahari kadang kala 'bergerak' ke arah utara dan kadang kala kelihatan 'bergerak' ke arah selatan .


Begitu juga dengan peristiwa istiwa' adzam di Kaabah, ia tidak berlaku setiap hari disebabkan kedudukan Matahari yang tidak tetap di tempat yang sama setiap hari apabila dilihat oleh pemerhati di Bumi.


Dalam setahun hanya dua kali Matahari berada tepat tegak di atas Kaabah iaitu pada:-


~ 28 Mei 

( * 27 Mei pada tahun lompat )

Waktu : 5.16 PM

..

~ 16 Julai 

( * 15 Julai pada tahun lompat )

Waktu : 5.28 PM


Cara - Cara Menyemak Arah Kiblat Dengan Menggunakan Kaedah Istiwa' Adzam :


1) Semak waktu yang digunakan .

Pastikan waktu yang tertera pada jam mengikut waktu piawai Malaysia .


Boleh semak waktu piawai di :-

http://mst.sirim.my/index.php?small


2) Berada di kawasan lapang .

3) Pastikan cahaya Matahari kelihatan .

4) Cari objek lurus seperti kayu atau sebagainya .

5) Pacakkan objek lurus tersebut di atas permukaan rata .

6) Pastikan bayang objek lurus yang terhasil boleh kelihatan dengan jelas.

7) Tunggu waktu istiwa' adzam bermula .

8) Ketika istiwa' adzam berlaku 

, buat satu garisan bertentangan dengan bayang yang dihasilkan objek lurus tadi . 

9) Garis bertentangan yang dibuat merupakan arah kiblat .

Khamis, 19 Mei 2022

Nak terkencing , tapi x boleh😭


Kisahnya pagi tadi, tengok jam baru pukul 5 pagi. Terasa senak dan sakit di perut. Eh tak tahan nak terkucil. Peel suka sangat menahan kencing. Bukan sesaje jadi tabiat. Time tu la si Umar ni bangun sama. Merengek nak mengepeng.


Pergi tandas, 3 kali keluar masuk sesaje. Tak mau lepas juga hajatnya.Ya Allah, pertama kali jadi gini! Nangis2 kejut tok laki. "Bi, tak boleh kencing. Sakit😭!". Minta tok laki capai #Minyak_Herba_Asmak. Nak sapu sendiri tangan udah ngeletor. Kencing tak lawas. Setitis pun haram keluar 😭


Selepas kali ke-4 try, masih sama. Tok laki repeat sapu Minyak Herba Asmak. Picit2 area bawah perut tu. Hasilnya, mau juga menitis. Tapi tak banyak. Sebab tak tahan sangat, pi ketuk pintu rumah mil. Mil nasihat terus pergi ke kecemasan Ipoh. Katanya kena masuk tiub bagi lega dulu. Sakit katanya sebab pernah jadi. Barangkali jangkitan kuman. Allahu.


Tukar baju dan masih berkain batik. Tak lalu berkain getah di pinggang. Senak habis perut. Bawa kain spare sama.Dalam kereta duduk pun tak kena. Mujur bawa sama minyak asmak. Lumur banyak2 dekat perut ke bawah."Ke Klinik Greentown ke bi"? Sebab terasa lama betul nak sampai. 


Sampai2 cari parking. Kata dengan tok laki rasa nak terkucil. Ya Ampun! betul2 aku terkucil dalam kereta.😂 Tak pernah buang tebiat begini. Tak lega terus tau. Berulang 3 ke 4 kali terkucil. Banyak sampai menitis ke lantai kereta. Mula la tok laki nak menyakat. Habis la kena bako seat ni🙄. Lepas dari tu rasa lega juga. Perut pun tak sekeras tadi tok laki kabo. 


Jadi ambik keputusan nak balik. Alhamdulillah tak jadi nak masukkan tiub. Risau nak ke hospital musim wabak baru menular ni.



#ikhtiarituperlu

Rabu, 18 Mei 2022

ALERT❗

 

Dulu saya memandu kereta manual saja. Jadi xde masalah dgn semua ini. Masa baru² guna kereta auto, En Sini xbg guna break tangan. Xperlu katanya. Jd bertahun juga saya bebankan berat kereta ke enjin kereta. Rupanya tindakan itu memendekkan jangka hayat enjin kereta kita.

Tahun lepas saya ada terbaca artikel sebegini tp saya xsempat nk save. Hari ini saya terjumpa semula & saya nk berkongsi dgn semua.

Di dalam gambar itu adalah cara sebenar kita nk paking kereta auto. Bila kita ikut cara itu, berat kereta akan di tanggung oleh break tangan. Jd Gearbox kereta kita lebih tahan lama.

Semoga ia memberi manfaat bt semua🥰

Selasa, 17 Mei 2022

HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN

 


"Si kaya berulang alik ke Mekah mencari redha Allah.. Sedangkan jaraknya dengan Si Miskin hanya di sebelah rumah..."


Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat. Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak.


Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan (meriwayatkan) kisah ini. 


Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, “Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?” Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.


“Tujuh ratus ribu,” jawab malaikat yang satu lagi.


”Berapa ramai orang yang diterima hajinya itu?”


“Tiada satu pun”


Perbualan itu membuatkan Abdullah gementar ketakutan, “Apa?” Dia menangis dalam mimpi.


“Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?”

Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.


“Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Di atas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah.”


“Bagaimana ia boleh berlaku begitu?”


“Itu adalah kehendak Allah.”


“Siapakah orang tersebut?”


“Sa'id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik.”

Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. 


Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria. Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa'id bin Muhafah.


“Di sana, di pinggir bandar,” kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. 


Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh. 


“Adakah benar anda bernama Sa'id bin Muhafah?” tanya Ulamak.


“Betul, siapakah tuan?”


“Saya Abdullah bin Mubarak.”


Said terharu, “Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?”


Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu. 


“Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?”


“Wah! saya sendiri tidak tahu!”


“Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini.”


Sa'id bin Muhafah kemudian teringat, “Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika…. Labbaika la syarika laka labbaika… innal hamda… Wanni'mata… Laka wal mulka… La syarika laka…”


Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.


Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis, “Ya Allah aku rindu Mekah… Ya Allah aku rindu melihat ka’abah… Izinkan aku datang… Izinkan aku datang, ya Allah…”


Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang daripada hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. 


Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.


“Saya sudah bersiap-sedia untuk menunaikan haji.” 


“Tetapi anda batalkan?”


“Benar.” 


“Apa yang berlaku?”


“Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak pergi saat itu isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu.” 


“Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?”


“Ya sayang.” 


“Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat bermula. Mintalah sedikit untuk saya.”


“Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari pondok buruk berhampiran. Di situ terdapat seorang balu dan enam orang anaknya.”


Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit. 


Ibu tunggu itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.” Akhirnya dengan perlahan dia berkata, “Tidak boleh tuan”


“Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi,” kata saya tegas. 


“Makanan ini bukan untuk dijual, tuan,” katanya sambil berlinang air mata. 


Saya bertanya kenapa?


Sambil menangis, wanita itu berkata, “Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan,” katanya. 


Dalam hati saya, “Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram bagi saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, “Kenapa?”


“Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tiada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya, kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram.”


Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah. Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi. “Ini masakan untuk kamu.”


Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka. “Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi.”


Ya Allah… di sinilah Hajiku..Ya Allah di sinilah Mekahku..


Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata..


Fikirkanlah bagi orang yang pergi berkali-kali Haji tapi bakhil…


Ahad, 15 Mei 2022

HMFD SEDANG MENULAR❗

 Penyakit Tangan, Kaki & Mulut atau Hand, Foot & Mouth Disease (HFMD) sejenis penyakit berjangkit.


Anak2 yang kena jangkitan HFMD kena kuarantin hingga sembuh sepenuhnya. Nursery terpaksa ditutup lebih seminggu.


Anak2 akak memang dh pernah kena HFMD ni. 3 orang serentak. Ikut pengalaman sendiri,


dalam Mulut akan penuh biji2 mcm ulser. Disamping kuku & tangan melepuh bintik2. Sure sakit kan...


Sapu Bedak Asmak, biji2 berair akan cepat kering. Nak cepat lagi, campurkan sesudu kecil Bedak Asmak bersama suku cawan air zamzam atau mineral, baca Bismillah, selawat & minum. 


Cubalah 

Tak cuba, tak tau.


#ProdukTerbaikPilihanRamai

#MHAMsb

#BedakAsmak

Sabtu, 14 Mei 2022

MINYAK ASMAK MEMANG PADU

 



Dah tinggal setengah botol dah ni,dah berkurang sikit,walaupun still ada batuk,tapi nafas dah tak laju.Tido memang lena laa..

Yang penting anak dah tak merengek dan senyum jee.


Kahak so far memang keluar banyak gila.

Dia batuk teruk nk keluarkan macam tersangkut kat tekak,then baru nak sentuh lidah belah tengah,terus dia muntahkan lendir tuu.


Alhamdulillah dengan izin Allah,minyak herba asmak serasi dengan anak Puan. Semoga anak Puan Saleha cepat sembuh sepenuhnya.Aamiin.

Jumaat, 13 Mei 2022

AGEN RESTOK😍

 Awal pagi agen² dh mula anta list restok Bulan Mei. Awal bulan haritu Raya Terkejut tu yg memasing sebuk xsempat nk restok😅

Dalam minggu ni memang ramai orang cari MINYAK HERBA ASMAK. Ramai yg batuk selsema penangan marhaban & Rumah Terbuka😅

saya Agen Asmak Labis yg oder. Plan nk hantar stok sambil beraya ke rumah nya.
Susu kambing ini agen Yong Peng yg restok.
Susu kambing keluaran Asmak ini sedap tau!

Susu kambing ni memang xde bau hanyir.
Dh cuba anda pasti puashati🥰

Produk Asmak memang senang jual.

Khamis, 12 Mei 2022

WALK AWAY

 Salah satu benda penting yang aku belajar dalam hidup ini ialah 'walk away'.


Dengan kata lain, belajar untuk melepaskan meski pun sesuatu yang kita sayang.


Belajar untuk tinggalkan pergaduhan. Bertengkar, berhujah, berdebat, biar pun kita menang, namun ia menjejaskan hubungan.


Belajar meninggalkan seseorang yang berpura-pura menyokong kita. Atau mereka yang selalu mengambil kesempatan ke atas kebaikan kita.


Berhenti memberi penjelasan kepada orang yang tak nak dengar jawapan, sebaliknya mereka hanya ingin mencari kesalahan. Paling penting, berhenti melakukan sesuatu perkara hanya untuk puaskan hati orang lain.


'Walk away' ni sangat power tau. Awalnya kita akan rasa berat hati untuk melepaskan. Awalnya kita akan rasa bersalah sebab menjauhkan diri. Awalnya kita rasa serba salah sebab tak mampu puaskan hati mereka. 


Namun selepas itu kita akan rasa lega. Rasa bebas. Rasa puas. Rasa gembira. Rasa bahagia.


Kadangkala, bertahan dan bersabar itu perlu. Namun ada masa, melepaskan itu lebih membahagiakan.


Belajarlah 'walk away' daripada sesuatu yang hanya membuatkan kita tersekat, yang membuatkan kita tertekan, yang menjadi racun dalam hidup kita, dan yang menyekat potensi diri kita.


Salam Jumaat. Perbanyakkan sedekah dan selawat.


Selamat pagi dunia!


#MFS

- Hiduplah demi kepuasan diri, bukan untuk puaskan hati orang lain. -

.


IKHTIAR ANAK BATUK & ASTHMA

 


Raya ke 2 yg lepas ank bongsu akk batuk xberhenti sampai oksigen dia pon x ok😖


Nak pegi klinik tp majoriti klinik masih tutup. Jd akak ikhtiar dengan bg minum *1 sudu Madu Halia Bentong, 4 picit Minyak Habbatussauda + sapuan Minyak Asmak* setiap *4 jam*. 


Syukur alhmdulillah malam dia dpt tidur lena. Bangun pagi Si Kecik tu cakap *macam magic je batuk adik dh xde. Adik pon dh xrasa penat* .

Dah tentu hati ibu rasa lega SANGAT kan.


Solusi TERBAIK utk *Masalah batuk, selsema & ASTHMA*

Rabu, 11 Mei 2022

JOM ISTIKOMAH LAKUKAN TAHAJUD💪

 ALLAH SWT JANJI NAK BERIKAN KAMU SESUATU YANG ISTIMEWA DIAKHIRAT NANTI MELALUI AMALAN TAHJUD


Berlajarlah bangun malam, lawanlah hawa nafsu tidur mu, tekad dan berazam untuk mencari redha Allah, moga-moga kalian beruntung. Tahjud adalah antara amalan yang TOP RANGKING ibadah.


Al Quran, surah Al-Isra' Ayat 79

وَمِنَ الَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهٖ نَافِلَةً لَّكَۖ عَسٰٓى اَنْ يَّبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًُا مَّحًا


79. Dan pada beberapa malam, lakukanlah Solat Tahjud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu: mudah-mudahan Rabbmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.



~MRJ

Ahad, 1 Mei 2022

AIDILFITRI 2022

 Syukur alhmdulillah Allah msh beri kesempatan utk meraikan Aidilfitri lg. Walau akk hanya tidur 1jam je, Mak Mertua dgn adik ipar lg la xtidur semalaman.

Akhirnya pukul 7pg selesai terhidang Juadah Hari Raya.

Selesai bermaafan bersama Family belah En Somi, akk bersama Somi & 2org ank balik ke Yong Peng kerana En Somi bertugas.
Dapat
Eh, baru top up tidur 1jam dh kena kejut. Lapar katanya😩. Adoila ank,, ada je kerenah dia.


Selamat Hari Raya Aidilfitri bt semua pembaca. Maaf zahir & batin jika ada penulisan akk yg menyinggung anda.







Antara koleksi yg sempat diabadikan


SET RESDUNG

 Resdung ni hinggap tak kira usia. Kanak-kanak tak terkecuali. Siksanya rasa terutama pagi-pagi dan merah muka akibat bersin. Macam udang ba...