Seawal 5.00am akak dh tersedar. Waktu biasa akak bangun pg. Syukur alhmdulillah dpt tidur lena mlm td. Walau tiada kipas @ econd tp rasa sejuk dia mcm ada econd😅. Ambil wuduk pon pakai water Heather tau🤭
Buka pintu, nampak pemandangan ini. Rasa mcm ada ladang sayur plak🤭.Sarapan pagi kami terima Meehoon Goreng & Teh o panas. Alhmdulillah... Jadilah bt kami alas perut utk meneruskan aktiviti Harini.
Kenangan kami menginap di Apartment ini😍
Aktiviti pertama kami hari ini ialah ke Ladang Teh Boh Sungai Palas. Kami ke sana menaiki Bas Sekolah pendek kerana bas yg panjang xboleh ke Ladang Teh. Jalan dia kecil & berliku- liku.
Subhanallah... Indah sungguh ciptaanMu😍.
Subhanallah... Indah sungguh ciptaanMu😍.
Kami diberi masa 1jam utk shopping & bergambar. Nk ngeteh memang xdapat psl beratur panjang!!
Kemudian kami ke Kea Farm utk shopping!!
Kemudian kami ke Kea Farm utk shopping!!
Haaa.. masa ni memang seronok tp fikir banyak kali nk beli banyak psl bas parking jauh. Jenuh juga tu klu Beria membeli😅. Jadi beli apa yg perlu je. Dapat sampai kali ke 2 ke Cameron ni pon dh syukur sangat²❤️
Nak ke Taman Rama² tp ramai sgt pengunjung. Lpstu adap jem dari Brincang ke Tanah Rata je 2 jam😱.
Akhirnya aktiviti terakhir ke MARDI. Sampai je di MARDI, hujan turun dgn lebatnya. Ramai yg xmo masuk tp tiket dh bayar. Nk xnk masuk jugalah. Rupanya banyak tempat di MARDI ni berbumbung. Apa nk risau dengan hujan tu😅. Bila reda je hujan, anak² sebok ajak ke padang yg ada air pancut tu. Akak layankan jela.
Kat sinilah air pancut yg Beria ank² nk tengok. Nmpk x belakang tu gelap? Memang dh mula guruh kuat. Akhirnya hujan turun lg beserta petir & guruh. Cepat² kami berlari nk cari tempat berteduh.
Tiba² aduh!! Benda apa yg jatuh atas hidung ni? Dh mcm batu! Keras!
Umairah plak jerit kata jarinya luka. Mcm kena batu katanya. Akak mula musykil🤔.
Bila tengok betul² kt rumput, rupanya² HUJAN AIS!! Subhanallah... Bertuahnya rasa diri ini dpt jumpa lg hujan ais. Dulu ada jumpa sekali masa kecik. Kali ni jumpa di Cameron pula. Akak panggil semua anak² , suruh mereka saksikan sendiri KEBESARAN ALLAH ini😍
Oleh kerana waktu pon dh mula lewat petang, jadi kami pon bergerak pulang melalui jalan Tapah.
Oleh kerana waktu pon dh mula lewat petang, jadi kami pon bergerak pulang melalui jalan Tapah.
Fuh!! Mencabar sungguh Laluan Tapah ni kerana jalan yg sempit & agak curam. Pertama kali akak lalu sini . Iman dh tumpas dh. Mabuk + muntah. Umairah & Ain menahan mual😖. Mujur ada REFRESHING Aromatherapy. Lega sikit rasa mual & sakit kepala tu.
Sampai Pekan Tapah, kami berhenti utk makan & Solat Maghrib.
Sampai Pekan Tapah, kami berhenti utk makan & Solat Maghrib.
Akhirnya kami tiba di Yong Peng jam 2.15pagi. syukur alhmdulillah...
InsyaAllah jika diizinkan akak akan ke Cameron lg. Memang xpernah rasa puas bila ke sana😍
Tiada ulasan:
Catat Ulasan