Jumaat, 3 Jun 2022

PERCUTIAN X DIRANCANG

 Tepat jam 11.30mlm 2 Jun saya bersama 5orang ank bertolak ke Cameron Highland. Pertama kali bt Fina, Iman & Rifqi merasai menaiki bas dalam jangkamasa yg lama. Harap² semuanya baik² saja.

Saya memang xrancang nk bawa anak² bercuti. Mungkin berkat doa Kakak Ain yg inginkan hadiah percutian je utk Birthday dia 4 Jun ini. Tiba² terbaca status sahabat mencari sesapa yg ingin menyertai rombongan ke Cameron Highland. Saya pon terus wasap dia bertanya maklumat. Terus minta kebenaran suami & cerita pd anak⁵. Dh tentu semua teruja kn😅

Dapat info percutian ni pd hari Selasa, hari Rabu kena settle semua payment & maklumat. Tetapi En. Somi lambat bg respon psl dia diluar kawasan. Akhirnya pd Rabu malam dia bg keizinan utk ikuti rombongan ini. Syukur alhmdulillah🤲

Betul2 azan subuh berkumandang, kami tiba di R&R Simpang Pulai. Mandi, solat subuh & sarapan disini.

7.30am kami bergerak lagi mendaki ke Cameron Highland.

Pemandangan pagi yg cukup indah😍 . Masa ini adik masih syok tidur psl dia mula tidur pukul 2.30am.


Singgah sebentar di Avant Chocolate utk menikmati aiskrim diawal pagi😅


Kemudian kami singgah pula di KC Ladang Anggur. First Time akak pegi ladang Anggur. Teruja!!
Belum lg sampai ke Brincang tp kenderaan dh bersusun! Mujur naik bas jd kami semua chill² jela dlm bas.


Akhirnya tiba jua di Beri Farm. Plan awal terus nk ke Ladang Teh Sungai Palas tp kami dpt info di sana hujan jd xboleh masuk. Tourist kami bg info lunch dh siap, jd kami semua lunch dulu sebelum meneruskan aktiviti lain.
Nasi Ayam Penyek & FRESH Orange menu lunch kami. Serius sedap!! Portion dia banyak! Puashati❤️

Oleh kerana cuaca xmengizinkan jd Tourist cadangkan kami Chek In dulu, rehatkan badan sekejap. Selepas asar nk bertolak ke Pasar Malam Brinchang pula😍



Kami berjalan 1.5km utk sampai ke Pasar Malam Cameron kerana kenderaan yg sangat padat!! Apa²pon kami enjoy je moment ni. Xrasa penat pon kerana semua teruja. Bukan senang nk dpt peluang mcmni kan.

Benda yg Dr awal jejak kaki kt Cameron ni anak² dh sebut nk cari Aiskrim berasap.
Akhirnya jumpa juga... ibu dia pon join teruja!!
Memasing xsangka akhirnya dpt juga tiba ke Pasar Malam Cameron walau terpaksa berjalan pergi balik sejauh 3km+😱
FnC ni memang sangat membantu bila dh terlalu banyak berjalan👍

Moga tidur lena malam ini. Esok banyak lagi aktiviti menanti. 
Assalamualaikum...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SET RESDUNG

 Resdung ni hinggap tak kira usia. Kanak-kanak tak terkecuali. Siksanya rasa terutama pagi-pagi dan merah muka akibat bersin. Macam udang ba...