Seawal 7.15pg akak sekeluarga dh bertolak ke Ayer Keroh. Seminar bermula jam 8.30pg, mujur jam 8.15pg akak dh sampai sana. HEBAT tau driver akak ni🤭.
Sepanjang akak menghadiri seminar, En Suami yg alih tugas jaga anak⁵. Syukur alhamdulillah dia yg sukarela sudi nk jaga anak⁵ & minta akak booking hotel untuk hari ini & esok. Dia sokong apa yg akak buat cuma dia xmo terlibat secara terus je. Nak duduk belakang tabir je. Keizinan & sokongan mcmtu pon dh bt akak bersyukur sangat🥰
Sesi pertama bermula dengan perkongsian Dr Pn Nor Fazilah & Tuan Selodi. Big Bos kami. Mereka menceritakan pengalaman masing² bagaimana bermulanya bisnes bersama. Seronok & teruja sangat mendengar kisah mereka.
Habis sesi ini kami berhenti seketika untuk sarapan. Menu dia memang sedap walaupun simple je tau.
Kemudian sesi bersama Tuan Fhais Salim pula. Tajuk dia Visionary Parenting. selama ini hanya lihat beliau dlm Tik Tok saja, tapi hari ini dpt jumpa depan mata! Teruja sangat😍
Memang terinspirasi bila dengar ucapan beliau. Beliau pernah 5x GAGAL dalam bisnes! Allah, mencabar sungguh tu. Tapi beliau xputus ada. Usaha dan terus usaha. Pesanan beliau, Cari ILMU, amalkan & anda akan dpt HIKMAHnya.
Oleh kerana akak bangun sebelum pukul 5 pagi, kepala ni dh mula tunjuk signal xmo bg kerjasama. Sebelum melarat, akak roll dulu Refreshing AROMATERAPHY ASMAK ni. Aroma dia memang sedap & sangat melegakan😍
Habis sesi Tuan Fhais, kami berehat utk lunch & solat zohor. Menu dia memang sedap sangat. Asam Pedas Daging dia memang PADU!
Kelas kami bermula semula jam 2.30ptg. Sesi bersama Tuan Sahar Sahad pula. Bila dengar apa yg beliau lalui, diri ini rasa sangat bersyukur kerana ujian hidup akak x sehebat ujian hidup beliau. Dr pengalaman hidup itulah beliau belajar banyak benda & beliau kongsikan untuk kita belajar dr setiap dugaan yg pernah dilalui. Moto Hidup beliau, MORE U GIVE, MORE U GET. Kita kena beri dahulu jika kita nak sesuatu. Nak kasih sayang Dr pasangan, jadi kita kena beri dulu kasih sayang pd pasangan kita. Lepas ni kena aplikasikan setiap hari.
Kelas berakhir pd jam 5.30ptg. rasa mcm xcukup pula dengar Tuan Sahar ni bercerita. Terbaik!😍
TEAM JOHOR❤️
Bersama Agen Asmak Mantin ❤️
Bersama Orang Kuat Perak❤️
Bersama Agen Kluang❤️
Memori yg cukup INDAH❤️
Tiada ulasan:
Catat Ulasan