Xsangka pula En Somi suruh booking hotel Ahad & Isnin. Dia kata dh alang2 awak ada kelas, anak⁵ cuti sekolah, kita pusing² Melaka la.
Anak² yg dh besar memang dh pernah ke Melaka tp tidak bagi 3orang yg kecik ni. Jadi mereka bertiga yg terlebih teruja nk ke Melaka . Pada mereka pasti ada sesuatu yg baru mereka boleh lihat & pelajari. InsyaAllah ia memang sesuatu yg baru bt mereka semua.
Masa ibu ikuti kelas yg Asmak anjurkan, ayah bawa anak⁵ ke Taman Buaya. 3orang tu semestinya cukup teruja lihat buaya dekat2 kan!
Akak booking hotel di Amverton Heritage Melaka. Tergoda dengan kolam renangnya. Harap2 anak⁵ seronok.
Alaa... Xdpt nk share video penuh pool dia😔 tp serius memang best pool dia tau! Bnyk pool utk kanak². Jd mereka xbosan . Biasanya hotel ada 1kolam dewasa & 1 kolam kanak². Tp disini dh macam Taman Tema Air pula😍.Gambar di Amverton Heritage Hotel.
Selepas Chek out, En Somi bwk g lunch di Nasi Ayam Singapura. Memang sedaplah Nasi Ayam dia. Rasa dia penuh dengan rempah. Harga dia memang berbaloi dengan rasa & saya rasa jauh lebih murah! Kami makan 5 Nasi Ayam & 7 air hanya RM39.50!
Kemudian En Somi ajak menelusuri sepanjang Pantai Puteri & Pantai Klebang. Kami xberhenti pon. Sekadar menikmati pemandangan Dr dalam kereta je🤭
Setelah itu kami ke Muzium Kapal Selam. Di sini bukan setakat anak² teruja, ibu & ayah pon turut teruja! Ada juga 2 Jet Pejuang. Memang seronok sungguhla 2 Hero kecik ni.
Kemudian ayah offer pula naik kereta kuda. Lagi teruja lah 3orang tu.
Alaa... Nk share video xboleh juga. Panjang pula videonya😔
Jadi akak kongsikan gambar jela ye.
Setelah puas di Muzium Kapal Selam, kami bergerak ke Masjid Selat. Bestnya masjid ini ia terletak di atas air. Ramai pelancong ke sini. Dapatlah kami berjemaah solat asar. Pemandangan yg indah & damai dengan tiupan angin laut Selat Melaka❤️
Kemudian kami singgah ke Rumah Pak cik di Parit Jawa Muar.Sekitar jam 11 malam baru kami tiba di rumah.
Alhamdulillah syukur dpt luangkan masa bersama keluarga❤️
Moga akan ada peluang seperti ini lg❤️
Tiada ulasan:
Catat Ulasan