Ahad, 31 Julai 2022

LUKA CEPAT KERING

 

Alhamdulillah. Baru repeat Minyak Herba Asmak 50ml. Saya ni paranoid sikit kalau takde Minyak herba Asmak. 

Pernah satu kejadian anak lelaki saya berumur 5 tahun luka dilutut. Seronok sangat balik dari tadika berlari-lari. Pakai seluar pendek pula memang agak teruk lukanya.

.

Cemas betul saya, nak dimarah benda dah jadi. Anak dah menangis-nangis. Terus saya cuci dan sapu dengan Minyak Herba Asmak. Tapi dah tinggal sikit sangat. Cukup untuk 2 kali pakai sahaja. Tapi alhamdulillah cepat kering. Walaupun order untuk botol baru tak sampai lagi, 2 kali sapuan petang dan malam tu sahaja luka dah kering.

.

Selepas kejadian itu, saya akan pastikan ada stok Minyak Herba Asmak di rumah. Tak pernah putus. Keluarga saya dh selesa sangat dengan Minyak Herba Asmak ni. Memang serbaguna. Terima kasih Minyak Herba Asmak. 😊


-maklum balas pengguna -



#MinyakHerbaAsmak

Sabtu, 30 Julai 2022

MINYAK ASMAK UNTUK IBU MENGANDUNG

 Ibu mengandung?


Batuk lagi seksa selesama onn off nak makan ubat risau pada bayi dalam kandungan.


Saya nak bagitahu rahsia yang kak Ayong perlu tahu. "MINYAK HERBA ASMAK"

Mampu melegakan batuk selesama dari peringkat bayi sampai la dewasa.


 La ye ke??


"bukan Minyak Viral ni untuk bayi ajer ker??


 Siapa kata untuk bayi jer,


untuk orang dewasa pon boleh taw"


Untuk bayi pula,sesuai untuk di jadikan sebagi minyak telon untuk melegakan kembong perot sembelit dan lain-lain.


Apa tunggu lagi,

dapatkan segera dari agen sah!





Jumaat, 29 Julai 2022

MINYAK HABBATUSSAUDA

 Antara soalan yang popular bila customer atau prospek tanya Minyak Habbatussauda, "Minyak habbatussauda ni untuk makan masa batuk atau sakit tekak je ke?"


Fungsi minyak habbatussauda ni bukan untuk dijadikan makanan dalaman je. Kalau yang macam akak pernah share, minyak ni boleh minum dan dicampur dengan madu kan? 


Tapi sebenarnya bila memasak, minyak habatussauda ni boleh guna untuk dijadikan dressing salad atau nak buat sos mustard DIY tau. 


Haaa yang nak cuba jaga berat badan, pun boleh cuba. Sebab minyak habbatussauda ni boleh bantu proses pembakaran lemak & tingkatkan kadar metabolisma. Boleh cuba campurkan satu sudu teh dengan air sejuk lepas tu minum pada waktu pagi. 


Nak pakai dekat kulit? Apa tak bolehhhh...Boleh sangat! Campurkan ke dalam face mask DIY, exfoliating skrub atau nak jadikan sebagai pelembab muka. InshaaAllah membantu untuk ekzema, jerawat, ruam atau kerengsaan kulit yang lain. 


Dekat rambut nak tak? Pun boleh! Minyak habbatussauda ni boleh kurangkan rambut bercabang, melembapkan & melindungi kulit kepala, bantu galakkan pertumbuhan rambut, kurangkan rambut gugur. Eh siap boleh jadi mask rambut kalau ditambah shampoo atau perapi semulajadi. 


Sekarang dah tahu kan banyak kegunaan Minyak Habbatussauda. Dah, pegi plan untuk terapi diri esok di hujung minggu. Manjakan diri giteww!



#MinyakHabbatusauda

Khamis, 28 Julai 2022

MADU HALIA BENTONG

 Masih batuk lagi ke walaupon dah jumpa doc dan dapat ubat batuk 2-3 makan pun tetap batuk.. Masih tak baik2 lagi..


Dah macam2 dah iktiar, rebus cengkih pun tak baik2 juga


Anak2 pun asik batuk je, asik cuti sekolah je sebab alasan anak tak sihat


Sampai bila??????


Pernah dengar madu halia bentong?? Rasa ramai yang tak tahu lagi ni..


Jom saya share tentang madu halia bentong ni.. 👉


Tahukah anda fakta mengenai Raja Halia iaitu 

Halia Bentong ?


+Halia bentong juga dikenali sebagai "Halia Muda atau Halia Kuning", tumbuh di hutan dataran tinggi di malaysia yang bercuaca sejuk, nyaman dan bebas pencemaran.


+Cuaca di kawasan penanaman antara faktor penting kerana ia memerlukan persekitaran yang bersuhu tinggi pada siang hari dan bersuhu rendah pada waktu malam.


+Halia Bentong mempunyai saiz yang besar dengan nilai khasiat yang tinggi kerana ia ditanam di tanah - tanih yang subur dan gembur, dan disiram dengan air sungai semula jadi yang kurang deras pengaliran airnya.


+Penanaman Halia Bentong merupakan tugas yang rumit dan mengambil masa satu tahun untuk memperoleh hasilnya. Demi memastikan kualiti Halia Bentong, tanah perlu dibiarkan kosong selama 8 hingga 10 tahun selepas penuaian dan sebelum rancangan penanaman semula dijalankan, ini bermakna Halia Bentong adalah teramat tinggi nilainya.


Khasiat Halia Bentong  


🐝Halia Bentong baik untuk melegakan masalah batuk kering, batuk hingga hilang suara dan selsema

🐝Ia juga membantu memanaskan badan dan melembabkan hati

🐝Halia madu membantu pencernaan ke arah lebih baik

🐝Menguatkan antibodi badan

🐝Membantu melancarkan peredaran darah

🐝Ia juga boleh membunuh bakteria dan sel kanser

🐝Boleh di gunakan untuk masalah saraf 

🐝Mengurangkan tekanan darah tinggi

🐝Membekalkan tenaga

🐝Mengawal berat badan

🐝Baik untuk minda

🐝Membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan

🐝Melawaskan pembuangan air kencing

🐝Melegakan "morning sickness"

🐝Mengelakkan masalah usus

🐝Bagus diamalkan selepas bersalin

🐝Mencuci darah kotor


Selasa, 26 Julai 2022

LUTUT SAKIT NGILU😫


Subuh pagi kelmarin, waktu sujud tu rasa lutut ni tiba-tiba rasa ngilu sangat. 


Lepas solat terus amik #FreshNCoolTheraphy ni sapu dan urut lembut kat lutut dan tapak kaki . Bagi kaki rehat kejap baru rasa lega sikit.


Petang masa nak Solat Asar , dah tak rasa ngilu sangat dah. Alhamdullilah, seronoknya ☺️


Maklum la surirumah ni kerjanya tak henti seharian. Kerap berdiri lama cuci pinggan, dukung anak, memasak kat dapur. Kadang tu tak sedar pun buat kerja sampai sakit pinggang dan lutut 🥴


Jadi saya gunakan Fresh N Cool Theraphy ni sebagai self reward lepas dah penat seharian buat kerja rumah. Rasa bagai diurut macam kat Spa pulak rasanya 😍


Bau wangi, berangin ja semasa sapu , tak melekit dan tak berminyak. Sesuai sangat untuk mak mak macam saya ni 😜



#FreshNCool

Membantu pesakit Strok utk lebih sihat

 Seronok dapat sharing dari Kak Faridah, Jiran Kak Siti kat PPAM Jintan ni. Umur pasangan ni dalam 60-70 tahun gitu. 


Sambil hantar tadi,sempat berborak sekejap. Alhamdulillah ,suami yang alami masalah #strok semakin sihat dan badan terasa lebih ringan selepas sapuan Minyak Herba Asmak secara konsisten. Kak Siti sempat pesan last jumpa bulan lepas, jangan lupa amalkan minum madu asli hari--hari.


Mulanya, suami menolak. Katanya, ramai orang la ni sakit. Dan bila Allah tetapkn bila ajal kita, disitunya titiknya.


Betul, Kak Siti tak nafi.


Nak kata tak mati, setiap orang akan laluinya. 

Baik sakit pun sama. Sesihat mana, bila kita diuji hanya DIA sahaja tahu dan tetapkan.

Tapi kita ikhtiarnya sebaiknya.

Kerna Asbab untuk sembuh semua dengan izinNya.


Alhamdulillah..

Akhirnya,terjentik hatinya untuk guna hari-hari. Kak Faridah siap bagitau. Nampak perubahan, kini bergerak dalam rumah pun tak pakai tongkat dah. Badan pun terasa ringan.😍


Jual bukan sekadar mencari rezeki.

Sambil-sambil berkongsi manfaat dan mencari keberkatan sekali.




Isnin, 25 Julai 2022

BILA KERAJINAN IBU TAHAP DEWA😂

 Dari awal pagi kepala ini xberapa ok. Tapi xsuka melayan sangat sakit kepala ini. Pagi2 sebelum pergi meeting dh siapkan sarapan Nasi Goreng utk anak². Siapkan kerja rumah sidai kain & menyapu macam biasa.

Mula pukul 4ptg keluar COD & pos barang ASMAK. Ingat nk bawa anak² g minum cendol, sekali kedai tutup pula😔

Balik dari COD terus terlintas nk bt garlic Bread + Mashrom Soup. Bila datang mood rajin ni, nk bt apa semua jadi🤭

Ta


Lawan pula dengan Susu Kambing Kopi Asmak ini. Adududu... Memang BEST SANGAT👍

Kalau korang xcaya meh cuba. Wasap akak www.wasap.my/60177340263/susukambing

Sabtu, 23 Julai 2022

MELEGAKAN SAKIT BADAN

 Tidur anda terganggu disebabkan SAKIT_BADAN ‼


Jom dapatkan FRESH N COOL💦


FRESH_N_COOL yang mengandungi Aqua, Propylene, Menthol, Carbomer dan Triethanomaline yang boleh mengembalikan semula kesegaran badan anda dengan 3 langkah MUDAH


1⃣ semburan

2⃣ sapu

3⃣ kering


Rasa SEJUK dan SEGAR.

WANGI ala-ala bombshell gitew

Sangat BERBALOI.

MAMPU MILIK


Kandungan 100ml


Bedak Asmak Solusi utk masalah kulit

 Alamak kesiannya dia.

Merahnya pipi kena ruam.

Macam mana nak baik kan masalah ruam ni?

Pipi dah merah sangattt ni.


Jangan risau. Bedak Asmak kan ada.

Antara penyelesaian terbaik untuk masalah kulit. Yang penting sumber asli tanah liat putih aka kaolin tau. Bukan krim steroid tau. 100% mineral semulajadi. 


Alhamdulillah. Lepas sapu beberapa kali, Nampaknya dia serasi. Pipi yang merah menyala tak de lagi, tapi pipi gebus kemerahan ala siti Aafiyah ada disini. 🤭



Bedak Asmak 150g rm38

Jumaat, 22 Julai 2022

Ubat Cherry Berry

 Aduh.. Siksanya kena kena cirit birit ni. Asyik ulang alik pi tandas jer. 😬


Baru teringat Bedak Asmak boleh bantu untuk masalah cirit birit. Lagu mana tu? 


Disebabkan kandungan bedak asmak ni tanah liat putih yang 100% organik bermakna ia selamat untuk di makan dan diminum. 


Maka first time Kak Dila cubalah untuk minum air bedak asmak ni. Ambil bedak asmak 1 sudu kecik kfc tu bancuh dgn air yang menutup suku cawan kacau2 dan terus minum. 


Mula2 scary la jugak nak minum takut termuntah tapi takda rasa apa pun. Cuma rasa payau2 ja skit. 😄


Dah 3 kali minum air bedak asmak harini, Alhamdulillah tak ulang alik masuk toilet dah. Perut pun rasa selesa ja. Di samping tu sapu jugak Minyak Asmak kat perut, best jer rasa bila keluar 💨💨 berdesup - desup 😅.


Tu yang buat Kak Dila fall in ❤ sangat dengan produk2 Asmak ni. 1 produk pelbagai kegunaan. Berbaloi2 untuk dimiliki. 


Kredit :Adila Ariffin




#BedakAsmak

#TanahLiatPutih

#ProdukNatural

#BolehDimakan

Rabu, 20 Julai 2022

KAKI X DAPAT MELANGKAH!

 

Keperitan seorang ibu yang hidup sendirian bila tiba² kaki sakit untuk melangkah.
Beliau ingin dapat bergerak seperti biasa tanpa bantuan orang lain.
Bila beliau duduk lama buat sesuatu perkara, beliau akan mengalami kesukaran untuk bangun & melangkah.

Oleh kerana anak² jauh, lagi dengan keadaan PKP ni, beliau terus sahaja capai HP & terus call agen #Asmak yg terdekat. Beliau dh cuba ikhtiar sapu #MinyakAsmak tapi kurang berkesan. Beliau teringat akan 1 iklan yg agen asmak ada share di Group Jualan Taman.

Malam itu juga Agen Asmak hantarkan #FreshNCool. Beliau terus sapu. Esok paginya beliau boleh bangun seperti biasa Tanpa Sakit !
Dalam 3hari beliau boleh berjalan dari rumah ke kedai runcit berhampiran TANPA sakit lagi.



Jika anda ada masalah sendi, sakit pinggang @ sakit lutut, anda boleh hubungi Agen Asmak Baizura 0177340263 .
Jom dapatkan sekarang, ada OFFER best menanti!

Selasa, 19 Julai 2022

BILA 1 UNTUK SEMUA

 

Seringkali kita mendapati bahawa kita memerlukan sesuatu yang berbeza umur. Contohnya kita memerlukan produk A untuk kita, tetapi untuk anak pula produk B dan untuk orang tua kita produk C.


Tapi, Minyak Herba Asmak sesuai untuk semua peringkat umur. Pengakuan penggunanya adalah dari pelbagai lapisan umur. Dari bayi sehinggalah kepada warga emas. Kegunaannya pun amatlah banyak walaupun sebenarnya ia adalah sejenis minyak istimewa yang dibuat khas untuk mereka yang ada batuk, kahak, selesema dan semput sahaja.


Ramai pula yang ada asma cuba minyak ni dan bagitahu "wow", memang menakjubkan. Semuanya dengan izin Allah jua kan. Dengan cara pakai yang betul, anda takkan kecewa dengan hasilnya.


Sebab itulah ramai kata minyak ni kewajipan di setiap rumah. Bila satu untuk semua, pastikan ada di mana-mana, bila-bila masa.




Isnin, 18 Julai 2022

TIDUR LEBIH LENA

 "Pakcik awak ni tak elok-elok batuknya. Acik nak cuba madu halia bentong nak bagi dia makan. Malam-malam susah nak tidur asyik batuk je."

.

.

"Alhamdulillah malam tadi lepas makan madu halia bentong tu keluar kahaknya. Lebih lena tidurnya."


Memang ramai yg bgtau selepas amalkan MADU HALIA BENTONG ni bt nafas lebih SELESA.  X mudah penat. Badan jd cergas & bertenaga.

Syukur alhmdulillah, jika kita amalkan makanan Sunnah, InsyaAllah kita akan dapat hasilnya.

Anda nak cuba? Boleh je wasap akak terus di www.wasap.my/60177340263

Ahad, 17 Julai 2022

Madu Membantu Kuatkan Sistem Imun

 Sana sini citer pasal Influenza. 

Hati mak mana lah yang tak risau. Tambah pula, ada banyak kes kat sekolah.  


Pagi tadi, terus ingatkan anak-anak amik Madu Asli. Kali ni, tak leh ngelat2 dah sebab lewat gi sekolah. Elok kita cegah dari awal.


Kalo tengok simptom-simptom, wajib standby sebotol Minyak herba Asmak dan Madu Asli. Minyak untuk sapuan luaran dan Madu Asli untuk dalaman.


Sesuai untuk legakan batuk, selsema, cirit-birit, demam, sakit kepala dan sakit tekak. 

InsyaAllah. Kita ikhtiar untuk keluarga kita. 

Cegah kan lebih baik daripada merawat. 




#keluargasihatkeluargabahagia

#ProdukAsmakTerbaik

#Influenza.

Sabtu, 16 Julai 2022

TUKAR GULA PUTIH KE STEVIA

 Sebelum ni teragak2 jugak nk guna stevia.


Sebab hidup hampir 40 tahun ni kita diajar buat air guna gula,buat bubur tambah gula nk tambah gula..buat kuih pun wajib guna gula😆😆


Gula putih atau gula perang berfungsi hampir sama..pembunuh dalam diam....tanpa kita sedarkan.


Tapi bila dah try untk ubah segala yg guna gula tukar pada stevia alhamdulilah tak lari rasanya..kesedapannya sama je..yg bestnya kesihatan terjamin..jarum penimbang pun tak gila asyik mencanak naik..


Yg penting guna setitik dua dah manis..berbanding gula 3 sudu kita tak rasa lagi manisnya kan..😁😁



Jumaat, 15 Julai 2022

PENYELESAIAN PELBAGAI MASALAH KULIT

 Percaya tak BEDAK ASMAK Ini Boleh Selesaikan Masalah Kulit?


'Baru ni kulit anak saya melecet di peha. Sian tengok sebab tempat yang melecet tu cepat je jadi teruk. Saya pun ambil lah bedak asmak ni sapu terus kat peha dia. Biarkan kering sekejap baru pakaikan pampers semula. Dalam sehari mesti sapu banyak kali. Alhamdulillah nampak lah perubahannya. Dia pun dah kurang menangis dan kesan melecet tu semakin baik dari hari ke hari. Syukur sangat."

------------------------------------------------- --


Bedak Asmak diperbuat daripada bahan semulajadi 100% iaitu daripada tanah liat putih berkualiti tinggi dan selamat digunakan untuk semua peringkat umur. Masalah kulit yang sesuai menggunakan bedak asmak ni seperti

✅ruam pada bayi

✅ekzema

✅psoriasis

✅kudis buta

✅kurap

✅panau

✅kayap

✅gatal

✅cacar air


Selesaikan masalah kulit secara semulajadi dengan Bedak Asmak.



Nak cuba keberkesanan bedak asmak, boleh whatsapp Kak Zura

👉www.wasap.my/60177340263/bedakAsmak

KEBAIKAN BEEMAIN AIR

 Patutlah anak seronok bila dapat mandi sungai atau kolam. Rupanya ini 3 (tiga) kebaikan yang mereka akan dapat 👇👇👇

********************


✅Air bersifat teraputik yang menjadi terapi ketenangan, menghilangkan tekanan serta kebosanan di kalangan kanak-kanak.


✅ Berenang mendorong anak untuk menjadi lebih yakin diri, dan mempunyai rasa percaya diri yang tinggi. Ketika berenang mereka dapat menggerakkan badan dengan sendiri. Aktiviti ini memerlukan keberanian yang tinggi buat si anak. Di peringkat awal kita perlu berikan kata-kata semangat supaya anak boleh lakukan dengan baik tanpa rasa takut.


✅ Berenang merangsang otot-otot motor kasar dan dapat melatih-otot fizikal anak untuk lebih mantap. Ini kerana berenang melibatkan ransangan pada otot-otot bahagian gerakan tubuh dan pernafasan. Semua anggota badan dari kaki, tangan dan kepala bergerak walaupun teknik gerakan mungkin belum cukup sempurna.


Jadi, mak ayah tunaikanlah keinginan anak-anak untuk mandi sungai atau kolam. Awasi dan perhatikan mereka agar tidak terlewat dalam aktiviti itu. Yang penting jangan biarkan mereka melakukan perbuatan berbahaya. 😉


Lagi satu, lepas mandi jangan lupa sapukan #MinyakHerbaAsmak ye. 


Musim wabak sekarang ni lagi senang penyakit nak menyinggah. Minyak Herba Asmak sebagai pencegah daripada #Batuk #Selesema #Kahak #Semput.


Sapu setiap malam sebelum tidur pun dah cukup. InsyaAllah anak tidur lebih selesa dan tenang.🥰


Khamis, 14 Julai 2022

SET SIHAT

 Pagi tadi dapat wasap Dr jiran yg beli Set Sihat Asmak 2hari lepas.

Dia nk beli Set Sihat lg. Katanya sahabatnya nk cuba psl dia cerita anak dia yg kerap neb guna Set ini nmpk perubahan yg ketara. Batuknya dh berkurang. Nafas dia pon molek je. Syukur alhmdulillah🤲

Moga sahabat awak yg nk cuba Set Sihat ini pon serasi juga🤲.

Sebelum ini anak jiran akak ni hampir setiap bulan akan ke klinik utk neb. Baru 6tahun tp kerap di serang batuk hingga lelah. Jd Si Ibu cuba ikhtiar dgn Set Sihat Asmak ini.

Akak ajarkan dia bg setengah cawan air  MADU ASLI ASMAK + setengah camca teh MINYAK HABBATUSSAUDA. Minum sebelum sarapan, sebelum mkn tghari & sebelum tidur. Akak ajar 3x sehari kerana batuk anaknya agak teruk. Jika dh makin ok boleh je amalkan pd waktu pagi sebelum sarapan. Untuk luaran pula, sapu MINYAK ASMAK dengan kerap.

Moga ikhtiar mereka akan berhasil. Moga anak2 mereka makin sihat. Aamiin...


Selasa, 12 Julai 2022

ANAK SUSAH UBAT?


pasti ade dikalangan ibu2 yamg mengalami masalah yang sape seperti saya kan? Masalah anak susah sangat makan ubat. Pelbagai cara dah buat. Dari baby sekarang dah besar pon susah jugak.


Dulu kalau demam, saya just gune yang traditional mcm daun bunga raya, bawang putih dan olive oil. Tapi tau je la bau bawang putih tu cane kan. Pastu bunga raya sekarang susah nak dapat. Kalau p klinik pon ubat buang saje tak makan. So dah membazir kat situ. lagipun ubatan2 amik secara berlebihan pon tak elok. 


Kadang terpaksa jaga malam pantau suhu, kalau panas sangat kena lap dengan towel basah dan sebagainya. Alhamdulillah sejak kenal Asmak ni kerja makin senang. Minyak herba asmak sapu kat bahagian luar. Minyak habbatusauda dan madu halia buat makan.


Madu Halia? Yess bagus sebab halia tu boleh panas kan badan kite. So memang sangat cepat tau kesannya. Jadi pada ibu2 diluar sana yang ade problem macam saya. Boleh cube, InsyaAllah berkesan.




DEEP😭

 Kita ni hidup untuk menunggu mati.


Supaya tak bosan menunggu mati yang tak tahu bila datangnya, maka Allah bagi sikit hiburan. Dia bagi kita isteri dan suami untuk kita bermanja-manja. Dia bagi kita anak-anak untuk bermain-main. Dia bagi kita emas, duit, harta, pangkat dan kedudukan untuk kita bertenang-tenang.


Suami adalah hiburan. Isteri dan anak adalah hiburan. Duit dan harta adalah hiburan. Tapi kita ni macam budak-budak. Budak-budak kalau dibagi mainan, terus leka. Terhibur sangat dengan mainan sampai lupa makan, lupa mandi, lupa belajar, lupa solat.


Begitulah kita.


Asalnya kita ni hanya menunggu mati. Tapi dek kerana leka dan hanyut dengan hiburan yang Allah berikan, kita lupa tujuan asal kita hidup. Sibuk dengan kerja, sibuk kejar emas, duit, sibuk kejar pangkat (takhta), sibuk kejar jawatan. Sampai ibadah pun hanya buat yang wajib saja, itupun sekadar buat cukupkan syarat.


Ibadah hanya biasa-biasa kerana lebih seronok kejar hiburan. Macam budak-budak, bila mainannya dirampas, terus membentak-bentak dan nangis😭

Begitulah kita, ketika Allah ambil suami, isteri, anak, kerjaya, emas, duit, harta, kita menangis dan berkata Allah tak adil.


Padahal setiap hari kita tak berlaku adil pada Allah 😔

Muhasabah.



Kredit: Dr.Amirul Amin

Ahad, 10 Julai 2022

BILA ANAK MULA XSIHAT

 Pagi tdi ok je bawa g kedai..pastu tengahari tetibe je dia ngantuk nak tdo, badan dedor2 je..smpai umah ya Allah panas badan budak ni, bg makan ubat, mandikan basah kepala badan betul2 pastu sapu Minyak Asmak lumur 1 badan dia. ..alhamdullilah segar terus 


#Akkpakaisince9tahun 

KREDIT TO KAK JULIANA BP 

Akak pon biasa bt benda yg sama bila anak mula demam. Lumur 1 bdn dgn Minyak Asmak , pastu urut sikit. Bg dia tidur. InsyaAllah bagun nnti suhu badan akan turun.

Sabtu, 9 Julai 2022

SALAM AIDILADHA

 


Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidiladha. 

Tahun ini rasa lebih bererti kerana dpt berpuasa sunat bermula 7 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah. Alhmdulillah Allah beri kesempatan itu. Mana tau tahun dpn jika diberi peluang nk puasa Dr awal Zulhijjah hingga Hari Arafah pula kn.

Petang 9 Zulhijjah tu sempat juga saya masak juadah ketupat segera, Sambal Goreng & Ayam Masak Merah dan pencuci mulut Pengat Pisang. Dapat berbuka di rumah mertua.


Belah malam baru tolong Mak Mertua masak Ayam Kampung Masak Merah, Baryani Kambing, Sambal Kacang. Nasi Baryani memang 100% mak masak.

Awal pagi dapat repeat order Dr cust yg duduk segamat. Dia balik ke kampung tu dia Oder lagi. Haa... pagi raya pon ada yg cari MINYAK ASMAK tau!
X sangka DS akak yg duduk Ayer Hitam pin masuk oder juga. Bolehla sekali jalan hantar stok kt dia.
Barang MUDAH JUAL. Xkira hari orang tetap cari😍

Kali ini bila memasing dh penat, sekeping gambar kenangan Aidiladha tahun ini langsung x ambik. Alahai....

Belah petangnya bila boring, kami pon merondalah😂. Anak² ajar ibu dia makan oden Family Mart. Sedap!!😋. Abislah lepas ni kerja nk oden pula😂. Memang kena dengan tekak ibu.


MADU HALIA BENTONG


 Amboi amboi amboi riang nya hati semua nak balik kampung ya Maklumlah tahun ni raya sakan Alhamdulillah apa kata kalau dia balik kampung bawa ole ole untuk mak ayah kat kampung tu Angkat ini satu dua botol Madu Halia Bentong pemberian Madu Halia Bentong percuma habbatus sauda dan hadiah tambahan 


 Apa kelebihan madu halia Bentong ni jom kita ambil tahu:


Madu Halia Bentong merupakan salah satu makanan tambahan yang baik untuk tubuh badan selain daripada itu Ia juga mampu mencegah daripada batuk yang berterusan sakit tekak masalah angin dalam badan.

Untuk melegakan masalah sembelit pun boleh .


Nak cuba sebotol Jom WhatsApp cikgu ida laju-laju ready stock boleh payment harini sebelum jam 2 hari ini juga kita akan jalankan pos esoklah esok sampai depan pintu..


Best tak??

Khamis, 7 Julai 2022

PERLU QADA' SOLAT @ TIDAK🤔

 "Doktor nak pasang branula ke? Boleh saya ambik wuduk sekejap sebelum pasang?"


"Eh, kenapa nak ambik wuduk?"


"Sebab saya nak taharah dulu sebelum pasang,"

.

Doktor pon menunggu, selesai berwuduk, sempat berdiskusi bersama doktor mengenai pandangan Mazhab Syafie mengenai pasang pembalut atau Sohibul Jabirah ini.

.

.

Persoalannya adalah pada PERLU QADA' SOLAT ATAUPUN TIDAK..


Dalam keadaan macam mana?


Saya kongsikan pandangan dan tulisan mengenainya di bawah,


======================================


Disyaratkan hendaklah ketika memasang jabirah (pembalut, simen, ) itu:


1. Orang yang terbabit berada dalam keadaan taharah. Yakni sudah mengambil wuduk sebelum itu. Ini diqiyaskan dengan hukum sapuan di atas khuf (stokin/kasut kulit). 

( Orang dalam keadaan begini, solatnya tak perlu ganti )


2. Jika jabirah dipasang bukan dalam keadaan taharah dengan air maka hendaklah tetap melakukan solat fardu, tetapi tidak boleh menjadi imam dan solat itu hendaklah diqadha'kan setelah sudah sembuh atau tidak memerlukan jabirah.


3. Solat juga diqadha'kan, jika tampalan jarum pada bahagian yang sihat secara berlebihan, tidak hanya sebagai istimsak (sokongan bagi bahagian yang sakit).


Begitu juga jika sakit itu pada anggota tayammum yakni muka dan tangan sehingga ke siku.


[ Ini yang muktamad dalam mazhab al-Syafie. ]


.

.

Bagaimanapun, mengikut mazhab Maliki, Hanafiah, Hanabilah dan pendapat syaz dalam mazhab Syafie seperti kata Imam Nawawi, jabirah tidak semestinya dipasang ketika taharah untuk mendapatkan rukhsah tidak perlu diqadha’kan kerana ianya sangat susah secara realiti.


Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (15/108-109)

 

Justeru, jika di sana terdapat masyaqqah (kesukaran dan kepayahan) bagi pesakit, dan ia berlangsung secara lama bolehlah bertaqlid kepada mazhab Malik dalam hal ini. 


Ini juga merupakan pendapat yang dipilih oleh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh al-Mu`asirah (1/194).


Bahkan menurut sebahagian ulama tidak perlu juga untuk melakukan tayammum sebagai ganti tempat wuduk yang tidak dibasuh.


Kami berpendapat jika hanya rawatan biasa yang memerlukan memasang jarum dan tampalan penguatnya pada anggota wuduk hanya beberapa jam, atau beberapa hari, bolehlah disapu air dan dilakukan tayammum, dilaksanakan solat fardu, dan diqadakan apabila sudah sembuh jika ditampal pada bukan pada waktu taharah.


Namun jika rawatannya mengambil masa yang lama, dan mendatangkan kesukaran kepada pesakit, bolehlah bertaqlid kepada mazhab lain dengan hanya menyapu air atas balutan, tanpa perlu melakukan tayammum, dan tidak perlu diqadha’. 


Mereka berdalil zahir riwayat yang mauquf pada Ibn Umar R.anhuma yang disebut oleh Imam al-Baihaqi dan dinaqalkan juga oleh Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ (2/324-325) :


أَنَّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا تَوَضَّأَ وَكَفُّهُ مَعْصُوبَةٌ فَمَسَحَ عَلَيْهَا وَعَلَى الْعِصَابَةِ وَغَسَلَ مَا سِوَى ذَلِكَ

Maksudnya : Sesungguhnya Ibn Umar R.anhuma berwudhuk dan tangannya dalam keadaan berbalut, lalu dia menyapu (air) ke atas tangannya serta ke atas balutan, serta membasuh yang selainnya.

Berkata Imam al-Baihaqi: 


“Dan riwayat ini sahih daripada Ibn Umar.”


Wallahua'lam


(Al-Kafi li Al-Fatawi)

=====================================


Adapun dalam kes saya, walaupun sudah taharah/wuduk sebelum memasang pembalut, tetap perlu qadha' solat sepanjang pemasangan pembalut tersebut kerana kedudukan pembalut tersebut pada anggota tayammum..


Kena kiralah berapa kali solat dalam keadaan begini ( ini adalah muktamad imam syafie ).


Persoalan ni sentiasa bermain tiap kali berada di hospital.. Moga bermanfaat..




Rabu, 6 Julai 2022

GASTRIK TERUK

 "You kalau taknak jadi kanser baik jaga makan"


Terngiang suara doktor dulu sebab faz kerap datang klinik sebab gastrik. Sampai tahap dah muntah-muntah sampai lembik. Mase tu sumayyah kecik lagi. 


Faz gastrik sejak darjah 1. Kuat makan pedas. Kuat makan asam. Tu la kot puncanya. 


Gastrik boleh sebabkan ulser, ulser bole jadi kanser. Seram kan? Takut pulak rase. 


Mase umur 17tahun doktor tak bagi makan secubit pedas pon. Makan bubur pulak dengan sayur semata-mata. Sebab mase tu faz gastrik dah tahap berguling dia punya sakit. 


Time mengandung lagi seksa. 


Nak jadi cite, tahun lepas faz kena gerd. Mase tula faz betul-betul amalkan set Asmak ni. Alhamdulillah. Sampai sekarang macam dah takde tanda ada gastrik & gerd. Makan lambat pon takde hal. Pregnant hari tu paling win sebab tak kene pedih ulu hati pon. 


Faz amalkan 3 benda ni setiap hari. Alhamdulillah. Nak announce bebas gastrik bole ke tak eh?


Perkongsian Dr Pn. Fazlina.

Saya pon ada gastrik yg teruk. Sejak amalkan makanan Sunnah Asmak, syukur sangat gastrik xmudah menyerang

Selasa, 5 Julai 2022

NEW KITTEN

 Dah lama perati kitten ni. Selalu bila ibu dia xnampak kelibat dia, pasti ibunya dh panggil. Sayang betul Si Ibu. Dia sebenarnya ada 2 beradik. Hampir setiap hari nampak dia waktu ambil & hantar Iman & Rifqi ke tadika.

Hari ini datang awal sikit nk ambil anak² tadika. Cuaca hujan. Mungkin kitten ni sejuk jd dia kejar ibu dia. Bila si anak sampai, Si Ibu terus tampar mukanya berkali². Saya jatuh kasihan lihat kejadian itu. Saya terus datang dekat kt kitten tu. Rupanya Si Ibu dh bunting lg. Patutlah pelik perangainya. Saya terus dukung Si Anak. Rupanya telinganya bernanah! Saya nekad nk bela dia. Jika dia terus di tadika pasti xde yg peduli keadaannya. Ibunya pon dh xsayang seperti dulu. 

Saya namakan Manje kerana dia memang manja. Manje duduk dengan ibu ye. Saya terus belikan ubat untuk rawatan telinganya.

Nanti bila telinga tu dh elok ibu mandikan ye. 

Moga awak hidup sihat bersama ibu ye...🤲🤲


Isnin, 4 Julai 2022

 Awal bulan je agen akak laju bg list restok.

Syukur alhmdulillah🤲

Terbukti produk #Asmak memang mudah jual.

Sekarang ramai yg mencari produk Asmak ini tau.

Ada yg nk jd #Agen @ DS akak x? 

Kami akan guide sampai jd.

Capai target restok dpt reward tau!

Best ke best??










TIPS MENGGUNAKAN MINYAK ASMAK KERIKA ANAK DEMAM

 Assalamualaikum 


#Tips


Ada x yang dah guna Minyak Herba Asmak tapi batuk, kahak, selsema masih belum baik.


Meh akak nak bagitau tips yang sangat2 ​​berguna ni. Yang penting korang wajib sapu secara #konsisten dan #rajin. Jangan durhaka ok😆


#No 1. KAEDAH SAPU MINYAK SUAM.


- pilihan pertama : Korang boleh rendam beberapa minit botol minyak asmak dalam cawan yang berisi air suam. Biar sampai minyak rasa suam2.


- pilihan kedua : letak 1 sudu minyak herba asmak dalam sudu besi dan panaskan sekejap atas api. Selepas rasa minyak suam2 baru sapu pada diri/anak.


#No 2. KAEDAH MANDI AIR SUAM + MINYAK HERBA ASMAK


- kaedah ni selalu akak guna utk mandikan anak bila diorg demam selsema atau ada tanda2 nafas laju. Sangat berkesan tau sbb insyaAllah demam akan kebah cepat dan selsema kering.


- Guna besen mandi atau baldi.


- Masukkan air suam hingga agak2 boleh rendamkan baby. Campur beberapa titik minyak herba asmak dan masukkan baby. 


- Ratakan minyak dan air suam pada seluruh badan baby. Akak mandikan terus jirus sampi air jadi suhu bilik.


- Bila air dah sejuk. Angkat baby dan lap2 sahaja. Tak perlu bilas ye.


- Kemudian sapu minyak herba asmak ikut kaedah di bawah.

Cara sapu (Ikut kaedah ni sebab dah RnD tau bukan kami sesaja nak cakap je).


- Sapu dari tekak ke dada kemudian dari tengkuk ke belakang badan.


- kalau ada selesema sapu skli dari ubun2 ke batang hidung dan calit skit minyak kat lobang hidung baby tu. Minyak herba asmak tak panas. Berangin jur ye ibu2. Baby akan rasa tenang dan selesa lepas sapu.


- Sapu lagi bhg pelipat kaki dan tapak kaki. Pakai stokis. Selesai.

Sila ulang kaedah ni sehingga anak betul2 sembuh. Kemudian, bolehla amalkan sapu seperti minyak telon.


Ikut pengalaman akak, selalunya selepas 2 -3 kali buat dengan konsisten. InsyaAllah, Anak2 sihat semula. Yang penting ibu2 kena rajin ye. Nak anak sihat mestila kena berkorban sikit ye ​​dok😊


Okey selamat mencuba. Ingat minyak herba asmak ingat kak raja ok😘😘😘


Feel free utk share semoga bermanfaat untuk semua.



Kredit : Raja Nurul Huda


#AnakSihatHatiTenang

SET RESDUNG

 Resdung ni hinggap tak kira usia. Kanak-kanak tak terkecuali. Siksanya rasa terutama pagi-pagi dan merah muka akibat bersin. Macam udang ba...