Sabtu, 31 Disember 2022

Last Day 2022

 Dari awal bangun tidur kepala ni dh rasa semacam. Cepat² ambil Minyak Habbatussauda + Madu Asli. Semasa badan tengah ada tenaga ni cepat² siapkan makan tengahari. Cukuplah sekadar bakar Ikan Cari, air asam & sayur pucuk paku. Itupun semalam sahabat yg bagi sayur tu.

siap je masak, terus panjat katil. Aduhai, xlarat sungguh badan ni. Kepala dh rasa macam ada batu besar! Bertahanlah sampai malam ni baru boleh urut.

Petang sikit cuba bangun. Alhamdulillah rasa ringan sikit. Eh! Laju je geng roger² ajak g ngeteh. Sanggup ambil kt rumah pula tu. Ok akak layankan jela. Pekena Mee Goreng mamak ni sedap pula kt tekak. Lawan pula dgn Nes 0 panas. Wow! Berpeluh.



PPelanggan setia Stevia lamar 2botol terus! Kita bg gift kalender 2023 sekali.


Agen Asmak pon tambah order utk cukupkan jumlah Restok RM300+


Belah malam minta tolong dengan anak bujang hantarkan g urut. Lega sungguh rasa bila dpt berurut 1 badan. Moga lepas ni akan terus sihat. InsyaAllah.

Syukur alhamdulillah atas pengakhiran tahun 2022 yg baik. Moga permulaan dan sepanjang tahun 2023 ini akan hadir kebaikan & kejayaan. Aamiin Allahumma Aamiin🤲

Jumaat, 30 Disember 2022

Jumaat TERAKHIR di Tahun 2022

 Sekejap sungguh kita dh sampai di hujung Tahun 2022. Hari ini Hari Jumaat Terakhir utk Tahun 2022. Moga Allah izinkan utk bertemu Jumaat yg akan datang.

X sangka ada yg sudi nk jadi Agen Asmak sebab saya xsempat bt offer pengambilan agen baru kerana kesihatan saya yg xberapa baik.

Beliau pernah menggunakan Minyak Asmak & serasi. Sebab tu dia nk jadi agen Asmak. Beliau grab semua minyak Asmak tau! Total RM108


Balik Dr COD ada stok yg mendarat😍


Lepastu dapat pula rezeki x disangka. Sahabat saya belikan saya karpet! Dia kata, dia ingin jd orang TERAKHIR yg beri Hadiah Birthday. Tetapi dia adalah insan pertama dalam list nama sahabat² saya❤️. Dia sentiasa ada masa susah & senang saya. Yg tau isi hati saya. Bukan senang nk ada sahabat seperti itu. Saya sangat² menghargainya❤️

Khamis, 29 Disember 2022

SUSU KAMBING ASMAK

 Ish tak nak lah minum susu kambing ni. mesti bau dia hamis!! Macam mana nak telan nanti??


Haaa siapa yang tak pernah minum susu kambing, mesti akan berfikiran macam ni. Saya dulu pun macam tu. Tapi bila dah rasa sendiri susu kambing segar dari ladang, eh...takde langsung bau hamis tu. Rasa susu kambing tu pun sedap dan manis.


Bagi yang teringin nak cuba susu kambing tapi takut tak leh nak telan perasa yang asli, Asmak ada mengeluarkan susu kambing berperisa koko dan kopi yang dimaniskan dengan stevia dan diperkayakan dengan bahan premium. Jadi ianya sesuai untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak, wanita mengandung dan warga emas.


Antara kelebihan susu kambing ialah:

✅Susu kambing diperkaya dengan kandungan asid lemak dan trigliserida, yang membuatkan ia bagus untuk kulit.

✅ Ia boleh menurunkan tahap kolesterol

✅ Susu ini dapat meneutralkan pH dalam darah dan membantu sistem penghadaman.

✅Menyihatkan jantung

✅Boleh menguatkan tulang.

✅Meningkatkan kesihatan otak

✅Boleh menghalang




Jom amal Susu Kambing Asmak ni. 


Ramai repeat order😍


wasap.my/60177340263/SusuKambing

Rabu, 28 Disember 2022

MINYAK ASMAK TERBAIK!

 Anak saya umur 1 tahun batvk dan sels€ma, macam mana nak hilangkan?

Anak saya dah seminggu semb€lit, macam mana nak buat?

Anak saya batvk. Susah nak makan ub@t. Ada cara lain tak nak bagi b#tuk dia lega?




Macam-macam persoalan kan ibu-ibu. Sebab apa? Sebab risau bila anak-anak tak sihat. Kalau boleh nak tengok anak-anak ni sihat je. Betul kan?


Ingat dulu, bila anak2 kena b@tuk dan s€lsema, cepat-cepat sapu dengan minyak herba asmak ni. InsyaAllah, jika guna dengan cara yang betul dan konsisten sekejap je kering.


Ada 4 bahan yang ada dalam Minyak Herba Asmak ni.

- Minyak Kelapa

- Habatussauda

- Gamat

- Minyak Kayu Putih


Fungsinya, selain dapat membantu melegakan b@tuk, sels€ma dan k@hak, juga membantu melegakan kembung perut, semb€lit, sak!t kepala, m!grain, r€sdung, senggvgut, lvka, b€ngkak dan l €nguh.


Sangat-sangat berbaloi ada sebotol di rumah. Boleh di gunakan untuk seisi keluarga.


Mha 10ml : RM19 sahaja


wasap.my/60177340263/MinyakAsmakTerbaik

Selasa, 27 Disember 2022

BEDAK ASMAK

 "Alhamdulillah.. Bagus betul pakai bedak asmak ni kak.. Dah kurang ruam susu kat leher baby pah.."


💁Nak tahu kelebihan Bedak Asmak ini?


✌️Bedak Asmak dihasilkan daripada 100% tanah liat putih yang mengandungi mineral semulajadi.


✌️Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut .


✌️Bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya.


✌️Sememangnya menjadi pilihan ibubapa untuk mengatasi masalah ruam bayi mereka. 


✌️Selain merawat ruam,ia juga sesuai untuk semua jenis penyakit kulit seperti psoriasis, ekzema, gatal-gatal,kudis buta, kayap, demam campak dan lain-lain yang berkaitan dengan penyakit kulit.



www.wasap.my/60193032241/BedakAsmak

Isnin, 26 Disember 2022

MADU ASLI ASMAK

 Sekarang ni orang makin sensitif. Kalau berulang-kali batuk atau bersin dekat tempat awam, mulalah orang tengok semacam. Yang terlalu paranoid silap hari bulan dia tegur, "Kalau tak sihat jangan keluar."


Tapi kannn sekarang ni bukan sebab pasal positif atau negatif si kobid ni. Lebih kepada batuk & selsema viral je. Sebab ada je yang batuk kerap & selsema tapi bukan sebab kobid punnn. 


Ikutkan kita memang dah kena belajar hidup dengan kobid ni. Nak pakai mask setiap masa, eh lemaslah. Rasa lagi susah nak bernafas. At least kalau kita rasa risau berjangkit dengan orang lain, so kita pakailah sebagai langkah pencegahan.


Salah satu cara untuk mencegah daripada terkena jangkitan dengan mengamalkan pengambilan madu asli. 


Selain membantu tingkatkan imunisasi badan kita, madu dapat melegakan batuk & selsema, meningkatkan metabolisma badan, bekalkan tenaga, kurangkan radang pada tekak. 


Pengambilan madu asli ni bukan hanya ianya sebahagian dari pemakanan sunnah yang menjadi amalan Rasulullah SAW je. Tapi dah terbukti secara saintifik dan praktikal untuk kesihatan badan. 


Di dalam kitab hadis sunan ibnu Majah disebut, dari Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah SAW :


"Siapa menjilat/minum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat." 


Yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum/jilat madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut. 


Jom standby stok madu dekat rumah! 



#MaduAsli

Ahad, 25 Disember 2022

SET SUNNAH ASMAK

 Sana sini orang duk update kata batuk lama dan berpanjangan 


Lepas tu asyik tak sihat je on off. 

Bila ke klinik kena tunggu lama sebab ramai orang tak sihat. Duit melayang dan masih tak sihat. 


Sabar jap. 


Takkan tak pernah dengar set sunnah? Ianya terdiri daripada madu,minyak zaitun dan minyak habatussauda. Tambahan satu superfood iaitu minyak kelapa dara. Kenapa tak cuba remedi dari natural food macam ni? 


Percayalah,sihat dapat,imuniti pun meningkat. 


Setiap rumah harus ada set sunnah ni. Sampai bila nak bergantung dengan ubat moden semata. Benda boleh ikhtiar,kita ikhtiarlah sampai jadi. 


Ramai dah akui kehebatan set sunnah ni,hanya yang tak yakin je takkan merasainya. 


Set sunnah sedia untuk dilamar bila-bila masa,sementara stok masih ada 🥰



Jumaat, 23 Disember 2022

ANAK TERSENYUM, IBU BAHAGIA❤️

 *MACAM BUNYI ORANG MULA ENJIN KERETA*


Menangis-nangis anak saya bila kena ejek dengan kawan dia. Al kisahnyaa macam ni haa


Anak saya ni penghidap asma/semput baru berumur 7 tahun. Bila main-main dengan kawan dia mulalah cepat semput. Tercungap-cungap dia tu sebab kawan dia ejek dia bernafas macam enjin kereta.


Balik sekolah je mesti nangis-nangis sebab kena ejek. Ibu mana yang tak sedih tengok anak dia kena ejek macam tu. Puas dah saya beri dia macam-macam ubat tapi tak elok juga.


Saya pun mengadulah dekat jiran saya depan rumah ni . Kalau anak saya balik sekolah nangis-nangis tu dia tau dah anak saya kena ejek. Dia pun syorkan saya menggunakan *Minyak Herba Asmak*.


Mula-mula saya agak tak percaya bab minyak2 ni. Tapi demi anak saya, saya pun cuba satu. 

Sebelum tido saya akan sapukan dekat bahagian dada anak saya. 


Keesokkannya anak saya balik dari sekolah senyum je. Saya pun hairan lalu saya tanya dia. Dia cakap dia boleh dah main dengan kawan dia, dah tak kena ejek *“bunyi enjin kereta”* dah. Semput tu dah mula kurang.


Saya pun macam tak percaya dengar. Yelah saya ni agak skeptical sikit bab minyak-minyak ni. 

Saya tak puas hati saya ketuk pintu rumah jiran saya tu. Saya tanya dia mana dia beli minyak power ni. 


Dia pun beri nombor lalu saya pun beli untuk kegunaan keluarga. Minyak ni akhirnya menjadi sebahagian ahli keluarga kami. 


Cubalah Hari Ini


 

#SatuKeluargaSatuMinyakAsmak

Khamis, 22 Disember 2022

URUTAN KASIH SAYANG😍

 BACAAN UTK YG ADA SUAMI / ISTERI SAJA..SILAKAN BUAT SEBELUM TIDUR 🤭


Urutlah isteri kalau dia mengadu lenguh2..

Urutlah suami kalau dia minta urut kat mana pun 😅

Urut sambil2 baca doa agar sakit2 isteri / suami hilang..

Personally... Minyak Herba Asmak - Asmak by Mhamsb suami isteri kena standby siap2 dlm beg & kat rumah...


Sebab tiba2 bila suami / isteri mintak urut, xkan nak guna minyak masak 😂


Cara dia... Titis kat tapak tangan & urut pasangan dengan lembut & kasih syg... Sambil2 gurau lebih baik.. Alahhh.. Xyah malu2 😅🤭


Minyak Herba Asmak ni best.. Bau asli minyak herba zaman2 dulu & so far sgt2 membantu bukan suami isteri tp anak2 jugak 😍


Kpd yg nak beli, boleh wasap admin Minyak Asmak terus.. Belas2 ringgit saja minyak ni😍 :

wa.me/60177340263



😍

Rabu, 21 Disember 2022

PENYELESAIAN MASALAH RESDUNG

 'Hacchumm.'

'Haachuum.'

'Haaaaaachhuuummmm.'


Mau bergegar satu rumah bila cik abang bersin. Masa tu mula la kuasa membebel si isteri ni macam dicas-cas.


"Abang ni. Asyik bersin je. Kan sayang dah beli Asmak Herbs, bukannya nak makan. Nanti mula lah selesema, lepas tu sakit kepala. Sudahnya tidur. Bukan marah tidur tu, tapi taknak lah tengok abang asyik tak sihat je."


"Lupa laaa..", jawab si suami, ringkas.


Panjang kita beri, seketul dia balas. Kadang-kadang suami memang macam tu. Nak disuruh makan sesuatu supplement dan sebagainya, cukup liat. "Nanti tidur ok lah ni.", jawapan biasa.


Tak apalah. Sediakan je 2 kapsul Asmak Herbs tiap hari serta segelas air. Alang-alang tu dapat sekali pahala hidang minuman pada suami, kan?


Selalu kita minta suami belikan hadiah untuk isteri, harini kita pula hadiahkan sesuatu kepada suami. Mana tahu, berkat hari-hari hulur Asmak Herbs pada suami, tak lama lagi suami kata, "Terima kasih sayang, kurang resdung abang sekarang, mujurlah ada isteri macam sayang."


Masa tu, bukan Asmak Herbs je dihidang, dapat kopi, cekodok, pakej lilin sekali. Yalah, orang perempuan ni pantang dipuji 🤭



#PenawarResdung

#AsmakHerbs

#MinyakHerbaAsmak


AGEN² GRAB OFFER YEAR END SALE

 Awal pagi dpt wasap Dr agen nk restok utk bawa pulang ke Kelantan katanya.


Lepas zohor saya melayani kerenah anak & rakan²nya nk tengok wayang. Dalam pd melayan kerenah anak ada dpt wasap dr agen nk restok. Agen yg sorang ni walau kami 1 taman tp dia boleh je nk bt sale dgn Asmak ni tau! Alhamdulillah setiap bln dia konsisten restok.


Xlama lepas tu sorang lagi Agen hantar list order. 


Eh, DS pon masuk order jugalah😍. Ok esok akak anta stok awak ye.


Alhamdulillah, syukur atas setiap rezeki yg Allah kurniakan🤲

Selasa, 20 Disember 2022

VITAMIN C

 Rasa lemau? Letih? Kulit kusam? 


The best Vitamin C setakat ni yang saya pernah cuba😍

.

Dah la sedap. Vitamin C ni dalam bentuk Effervescent atau senang cerita jenis mudah larut dan mudah serap dalam badan.

.

Bukan setakat Vitamin C je. Ada juga


✅Lutien 

✅Beta Karotena

✅Ekstrak Sakura

✅Campur beri

✅Tomato


Musim-musim penyakit pengambilan vitamin C adalah amat digalakkan sebanyak 500mg sehari. Selain itu, Vita C Effervescent Asmak ini amat baik untuk mata kerana ia mengandungi bahan yang amat membantu dalam menjaga kesihatan mata. Maklumlah norma baru ni, mata lebih tertumpu pada skrin telefon bimbit dan komputer riba. Dari cerah mata terus upgrade mata 4🤓. Yang sedia mata 4 ni mau bertambah power spec 🤪


Bukan tu je, mata yang jadi katarak, biasa orang panggil selaput mata boleh ikhtiar sama. 


Baru bab mata, belum tang kulit. Ada banyak lagi manfaat Vita C Asmak ni yang sangat baik untuk kesihatan badan. Jom kita konsisten amalkan pengambilan Vita C Effervescent Asmak😊


#kuatkansistemimun

#kulitpunjadicantik



wasap.my/60177340263/VitaminC


150g RM47 + 🎁 3 hadiah

Ahad, 18 Disember 2022

SHORT VACATION IN MALLACA

 Xsangka pula En Somi suruh booking hotel Ahad & Isnin. Dia kata dh alang2 awak ada kelas, anak⁵ cuti sekolah, kita pusing² Melaka la.

Anak² yg dh besar memang dh pernah ke Melaka tp tidak bagi 3orang yg kecik ni. Jadi mereka bertiga yg terlebih teruja nk ke Melaka . Pada mereka pasti ada sesuatu yg baru mereka boleh lihat & pelajari. InsyaAllah ia memang sesuatu yg baru bt mereka semua.

Masa ibu ikuti kelas yg Asmak anjurkan, ayah bawa anak⁵ ke Taman Buaya. 3orang tu semestinya cukup teruja lihat buaya dekat2 kan!

Akak booking hotel di Amverton Heritage Melaka. Tergoda dengan kolam renangnya. Harap2 anak⁵ seronok.

Alaa... Xdpt nk share video penuh pool dia😔 tp serius memang best pool dia tau! Bnyk pool utk kanak². Jd mereka xbosan . Biasanya hotel ada 1kolam dewasa & 1 kolam kanak². Tp disini dh macam Taman Tema Air pula😍.




Gambar di Amverton Heritage Hotel.

Selepas Chek out, En Somi bwk g lunch di Nasi Ayam Singapura. Memang sedaplah Nasi Ayam dia. Rasa dia penuh dengan rempah. Harga dia memang berbaloi dengan rasa & saya rasa jauh lebih murah! Kami makan 5 Nasi Ayam & 7 air hanya RM39.50!

Kemudian En Somi ajak menelusuri sepanjang Pantai Puteri & Pantai Klebang. Kami xberhenti pon. Sekadar menikmati pemandangan Dr dalam kereta je🤭

Setelah itu kami ke Muzium Kapal Selam. Di sini bukan setakat anak² teruja, ibu & ayah pon turut teruja! Ada juga 2 Jet Pejuang. Memang seronok sungguhla 2 Hero kecik ni.
Kemudian ayah offer pula naik kereta kuda. Lagi teruja lah 3orang tu.
Alaa... Nk share video xboleh juga. Panjang pula videonya😔







Jadi akak kongsikan gambar jela ye.

Setelah puas di Muzium Kapal Selam, kami bergerak ke Masjid Selat. Bestnya masjid ini ia terletak di atas air. Ramai pelancong ke sini. Dapatlah kami berjemaah solat asar. Pemandangan yg indah & damai dengan tiupan angin laut Selat Melaka❤️



Kemudian kami singgah ke Rumah Pak cik di Parit Jawa Muar.
Sekitar jam 11 malam baru kami tiba di rumah.
Alhamdulillah syukur dpt luangkan masa bersama keluarga❤️
Moga akan ada peluang seperti ini lg❤️


Sabtu, 17 Disember 2022

SEMINAR SUAMI PASANGAN HIDUP & BISNESKU❤️

 Seawal 7.15pg akak sekeluarga dh bertolak ke Ayer Keroh. Seminar bermula jam 8.30pg, mujur jam 8.15pg akak dh sampai sana. HEBAT tau driver akak ni🤭.

Sepanjang akak menghadiri seminar, En Suami yg alih tugas jaga anak⁵. Syukur alhamdulillah dia yg sukarela sudi nk jaga anak⁵ & minta akak booking hotel untuk hari ini & esok. Dia sokong apa yg akak buat cuma dia xmo terlibat secara terus je. Nak duduk belakang tabir je. Keizinan & sokongan mcmtu pon dh bt akak bersyukur sangat🥰


Sesi pertama bermula dengan perkongsian Dr Pn Nor Fazilah & Tuan Selodi. Big Bos kami. Mereka menceritakan pengalaman masing² bagaimana bermulanya bisnes bersama. Seronok & teruja sangat mendengar kisah mereka.



Habis sesi ini kami berhenti seketika untuk sarapan. Menu dia memang sedap walaupun simple je tau.


Kemudian sesi bersama Tuan Fhais Salim pula. Tajuk dia Visionary Parenting. selama ini hanya lihat beliau dlm Tik Tok saja, tapi hari ini dpt jumpa depan mata! Teruja sangat😍

Memang terinspirasi bila dengar ucapan beliau. Beliau pernah 5x GAGAL dalam bisnes! Allah, mencabar sungguh tu. Tapi beliau xputus ada. Usaha dan terus usaha. Pesanan beliau, Cari ILMU, amalkan & anda akan dpt HIKMAHnya.


Oleh kerana akak bangun sebelum pukul 5 pagi, kepala ni dh mula tunjuk signal xmo bg kerjasama. Sebelum melarat, akak roll dulu Refreshing AROMATERAPHY ASMAK ni. Aroma dia memang sedap & sangat melegakan😍


Habis sesi Tuan Fhais, kami berehat utk lunch & solat zohor. Menu dia memang sedap sangat. Asam Pedas Daging dia memang PADU!


Kelas kami bermula semula jam 2.30ptg. Sesi bersama Tuan Sahar Sahad pula. Bila dengar apa yg beliau lalui, diri ini rasa sangat bersyukur kerana ujian hidup akak x sehebat ujian hidup beliau. Dr pengalaman hidup itulah beliau belajar banyak benda & beliau kongsikan untuk kita belajar dr setiap dugaan yg pernah dilalui. Moto Hidup beliau, MORE U GIVE, MORE U GET. Kita kena beri dahulu jika kita nak sesuatu. Nak kasih sayang Dr pasangan, jadi kita kena beri dulu kasih sayang pd pasangan kita. Lepas ni kena aplikasikan setiap hari.

Kelas berakhir pd jam 5.30ptg. rasa mcm xcukup pula dengar Tuan Sahar ni bercerita. Terbaik!😍


TEAM JOHOR❤️

Bersama Agen Asmak Mantin ❤️
Bersama Orang Kuat Perak❤️
Bersama Agen Kluang❤️


Memori yg cukup INDAH❤️

Jumaat, 16 Disember 2022

MAIN MASAK MASAK

 Esok akak ada kelas kt Melaka, jadi malam ni akak plan nak masak Rendang Ayam & Sambal Goreng untuk bekalan esok hari. Xde la nanti anak⁵ & suami kalut nak cari makan.

Akak masak Rendang Ayam. Xmo guna santan jd kita tukar ke #Minyak_Kelapa_Dara_Asmak.

Pemanis kita guna #Stevia_Asmak.

Penyedap kita letakkan #Himalayan_Pink_salt

Siap rendang, kita menu KE2 plak


Khamis, 15 Disember 2022

JUS ASMAK GOLD

 Dimusim cuaca yang tak menetu ini ibu-ibu mula risau bila anak-anak mula nampak tanda2 nak Asma, batuk dan selsema. 


Dah bagi makan ubat tapi sekejap je baik, jadi lagi batuk selsema si anak.


Apa kata cuba jus asmak gold ni untuk cairkan kahak, asma dan legakan selsema.


Semua bahan-bahan yang ada dalam jus asmak ni dapat Membantu mencairkan kahak, melegakan selsema batuk dan juga menguatkan sistem imun badan . 


Cuba ikhtiar secara konsisten dan guna bersama sapuan minyak herba asmak, InsyaAllah ada penyembuhan. 



Jus  350ml - rm44            

MHAM 30ml - rm39

SET RESDUNG

 Resdung ni hinggap tak kira usia. Kanak-kanak tak terkecuali. Siksanya rasa terutama pagi-pagi dan merah muka akibat bersin. Macam udang ba...